Surah Al-Alaq Asas Kegemilangan Peradaban Islam – Md Hasri

0
167
views

“Bacalah dengan nama Tuhanmu yang menciptakan. Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku. Bacalah, dan Tuhanmu Yang Maha Pemurah. Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan. Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya.” (Sura Alaq: 1-5)

Surah Al Alaq, ayat 1 hingga 5 merupakan salah ayat yang mudah dan senang difahami oleh umat manusia.

bigstockcloseupofhandhold_646563

Hal ini kerana ia merupkan ayat yang tersurat dan mempunyai mesej yang mudah kepada umat manusia.

Uniknya, sejarah penurunannya pula berlaku pada bulan baraqah bagi umat Islam yakni bulan Ramadhan, 13 tahun sebelum penghijrahan Rasulullah ke Madinah.

Barangkali ia merupakan petanda Allah Azza Jalla terhadap seluruh umat manusia di dunia ini supaya menjadi manusia yang terdidik dan mendidiki.

Hal ini kerana manfaat yang terkandung dalam surah tersebut seakan-akan mengubah wajah dunia sama ada dunia Timur mahupun dunia Barat.

Persoalannya, bagaimana ia mengubah wajah dunia Barat dan dunia Timur?

Mengubah Wajah Dunia

Bagi umat Islam, surah ini merupakan wahyu yang pertama diturunkan oleh Allah Azza Wa Jalla kepada umat manusia. Kenapa bukan perintah keagamaan seoerti solat, puasa, bukan haji dan lain-lain ibadah?

Hal ini kerana surah ini menyeru kepada umat manusia (ulangan: bukan sahaja umat Islam) supaya membaca (juga: mengkaji) atau Iqra sebelum disusuli dengan tindakan dan perbuatan manusia.

Tujuan utamanya adalah untuk mengenal kalimah tauhid Maha Esa.

Dalam surah tersebut beberapa frasa penting yang dinyatakan oleh Tuhan Maha Esa, antaranya:

  • dengan nama Tuhanmu.
  • manusia dari sebuku darah beku.
  • mengajar manusia melalui pena.
  • mengajar manusia melalui tulisan.
  • mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya.

boy-learning-to-read_oob5ba

Frasa perkataan “Bacalah” ini menunjukkan supaya setiap umat manusia itu belajar supaya mengenal Tuhan yang Maha Esa bersandarkan tiga peringkat:

  1. Pembacaan;
  2. Kajian;
  3. dan Analisis

Maka tidak hairanlah jika sarjana Pakistan, Muhammad Iqbal membahaskan surah Al-Alaq ini sebagai petanda era baharu kepada seluruh dunia sama ada dunia Timur mahupun dunia Barat.

Hal ini kerana zaman kedatangan Nabi Muhammad bersama dengan wahyu pertama ini pada 622 Masihi itu menunjukkan bahawa munculnya zaman saintifik bagi umat manusia.

Buktinya, sepertimana dalam frasa “mengajar manusia melalui pena dan tulisan”.

Kegemilangan Peradaban Islam, Kegelapan Eropah

Dalam bukti sejarah, Surah Al-Alaq ini menjadi asas kegemilangan peradaban Islam dalam tempoh sekitar 622 Masihi sehingga 1460 Mashi.

Surah Al-Alaq juga menjadi kelangsungan kegemilangan peradaban islam itu wujud selama hampir 500 tahun khususnya di dunia Barat.

Antaranya bukti kegemilangan Islam di tamadun Eropah:

  • Seni pembinaan di Granada dan Cordova yang diselangi dengan nilai tauhid.
  • Bahasa Arab menjadi bahasa pentadbiran kerajaan khususnya di Anadalusia.
  • Ilmu-ilmu moden seperti kimia, perubatan dikuasai oleh semua komuniti.
  • Kekayaan peradaban sama ada dalam sastera dan muzik.

Ini merupakan salah satu bukti kegemilangan disebaliknya adalah asas daripada Surah Al-Alaq. Walhal pada waktu itulah juga kegelapan bagi masyarakat Eropah (istilah: zaman kegelapan Eropah ).

great-mosque-of-cordoba

Daripada manfaat dan inkuiri dalam Surah Al-Alaq ini menyebabkan masyarakat Eropah pada ketika itu untuk “menceduk” ilmu-ilmu pengetahuan daripada dunia Islam secara perlahan-lahan.

Sepertimana Robert Briffault bersetuju dengan sumbangan tamadun Islam terhadap zaman kebangkitan Eropah:

“Apa yang kita panggil sains muncul di Eropah hasil semangat hasil tahu yang baru, kaedah penyelidikan yang baru, kaedah percubaan, pemerhatian, ukuran… yang tidak diketahui oleh orang Yunani. Semangat dan kaedah ini diperkenal kepada dunia Eropah oleh Orang Arab (Islam).”

Menariknya, apa yang dinyatakan oleh Robert Briffault tersebut asasnya adalah daripada Sura Al-Alaq ayat 1 hingga 5!

Persoalannya disini apa yang akan terjadi apabila umat Islam sekarang boleh menjadikan  Surah Al Alaq sebagai asas kegemilangan peradaban islam sepertimana yang digagaskan oleh Nabi Muhammad?

Ya, sudah tentu selagi mana umat Islam berpegang teguh kepada kalam Allah.

Sepertimana dalam Sura Ali Imran, ayat 110:

“Kamu adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia, menyuruh kepada yang ma`ruf, dan mencegah dari yang munkar, dan beriman kepada Allah. Sekiranya Ahli Kitab beriman, tentulah itu lebih baik bagi mereka; di antara mereka ada yang beriman, dan kebanyakan mereka adalah orang-orang yang fasik.”

Mahukan Artikel Seperti Ini Lagi? Sila Isi Form Dibawah

mm
Website yang menumpukan bahan bacaan islamik bagi yang memerlukan untuk pengisian rohani mereka. Jangan lupa like FB dan follow Twitter untuk dapatkan makluman artikel terbaru daripada kami.
Loading Facebook Comments ...

Leave a Reply