Surah Dhuha Penawar Hati Yang Bergelora – Noor Aiman

0
187
views

runner_sunrise1

Membelek سورة الضحى.

Seperti mana yang kita tahu, سورة الضحى merupakan surah yang turun kepada baginda Nabi saw untuk merawat kesedihan, kegusaran, kemurungan baginda Nabi saw setelah berbulan-bulan lamanya baginda Nabi saw menanti wahyu dari Allah swt, namun tidak kunjung-kunjung tiba.

Seperti menanti surat dari orang yang kita cinta yang sering mengirim surat cinta, namun tidak diutus lagi untuk berbulan lamanya.

Sedih dan pasti tertanya-tanya. Mengapa?

Adakah aku melakukan kesilapan?

Seolah-olah begitulah baginda Nabi saw rasa bahawa Allah tidak menghiraukan Nabi lagi setelah ditekan, diasak oleh kaum Quraisy yang tidak mahu percaya akan dakwah nabi saw.

Malah diejek, dihina, dicerca.

Tidak kurang juga menggelar Nabi gila dan ahli sihir.

Yang paling Nabi saw tertekan apabila kafir Quraisy mengatakan bahawa Allah sudah tidak pedulikan kau wahai Muhammad.

Nabi saw sudah begitu tertekan. Nabi saw perlukan motivasi daripada Allah untuk mengembalikan semangat Nabi saw dalam mengharungi kaumnya.

depersion_thinkstok

Namun begitu lama nabi saw menunggu wahyu daripada Allah tetapi wahyu tidak turun seperti biasa.

Akhirnya penantian nabi saw tiba, turunnya سورة الضحى ini untuk merawat kesedihan baginda dan memberitahu kepada baginda nabi bahawa

مَا وَدَّعَكَ رَبُّكَ وَمَا قَلَىٰ 

(Bahawa) Tuhanmu (wahai Muhammad) tidak meninggalkanmu, dan Ia tidak benci (kepadamu, sebagaimana yang dituduh oleh kaum musyrik).

Apa yang menarik yang ingin saya ketengahkan adalah سورة الضحى ini didahului dengan سورة الليل iaitu surah gelap gelita malam.

Dan surah selepasnya adalah سورة الشرح iaitu surah kelapangan jiwa.

Ibaratnya Al-quran ini merupakan satu perjalanan. Penyusunan Al-Quran bukan saja-saja. Kita kadang-kadang rasa gelap di dalam jiwa kita.

Rasa kadang-kadang tidak ada yang sudi menghulurkan bantuan bila kita dalam kesempitan.

Namun sedikit demi sedikit kita kena berfikir dan bertenang. Surah gelap gelita malam ini akan datang selepasnya سورة الضحى . Sebab itu سورة الضحى kalau kita baca, Allah mulakan dengan

وَالضُّحَىٰ . وَاللَّيْلِ إِذَا سَجَىٰ 

Demi waktu dhuha (١), Dan malam apabila ia sunyi-sepi (٢)

Seolah-olah Allah berbicara kepada baginda Nabi saw. Malam itu telah berlalu, sekarang سورة الضحى datang, maka tenangkan diri kamu dengan wahyu.

Dan wahyu ini turun sebagai petanda untuk memberitahu bahawa kamu tidak pernah ditinggalkan Tuhan.

Maka hiburkan hati kita dengan wahyu dan kita akan rasa benar-benar lapang jiwa kita. Sepertimana datangnya selepas سورة الضحى adalah سورة الشرح iaitu surah kelapangan jiwa.

Hebatnya silibus Al-Quran.

Allah menyusun aturkan cantik untuk kita membaca, mentadabbur, dan berfikir rahsia mukjizat yang kita baca hari ini.

Maka teruskanlah membaca dan memahamkan masyarakat dengan Al-Quran.

Mahukan Artikel Seperti Ini Lagi? Sila Isi Form Dibawah

mm
Website yang menumpukan bahan bacaan islamik bagi yang memerlukan untuk pengisian rohani mereka. Jangan lupa like FB dan follow Twitter untuk dapatkan makluman artikel terbaru daripada kami.
Loading Facebook Comments ...

Leave a Reply