Susah Itu Indah, Tau Ka?

0
89
views

Susah Itu Indah

Susah Itu Indah | Kadang kala kita sering rasa takut dengan ‘momokkan’ dakwah itu susah.
Tarbiyah itu payah dan memenatkan.

Iya.Hakikatnya sememangnya begitu.
Tapi tatkala kita berbicara tentang kesusahan, kita kadang lupa untuk selitkan message kegembiraan.
Walhal methode Allah dalam nak menyediakan mutarobbinya yang agung iaitu Rasulullah s.a.w sentiasa jika ada momokkan tentang negara pasti diberi janji indah tentang syurga. Tak caya?
Cubalah belek surah Al Insan ayat 1 sampai habes.

Susah dalam dakwah itu indah sebenarnya. Teramat indah. Sampai mampu buatkan manusia yang disentuh, tak mati kekeringan ruhinya, tatkala usrah tak menjengah, daurah jauh skali , mukhayyam sentiasa ternanti tak kunjung tiba.
Tapi kerana Allah, langkah kakinya tetap teratur , menyusun langkah dalam dakwah mentebarkan benih² tarbiyah dan qudwah bersinar sinar tak kira di mana dia berada!

Tapi hakikatnya manusia, gemar benar lepa, bila berada dalam kesusahan;
Kita lepa dengan keberadaan Allah dengan kita.
Kita lepa dengan pergantungannnya padaNya.
Kita lepa Dia sentiasa ADA.
Kita lepa Dia Al Azeez, yang maha menguasai.
Kita lepa Dia takkan pernah LUPA pada kita.
Kita lepa yang Dia tak pernah nak menzalimi kita.
Kita lepa Dia hadirkan ujian untuk tarbiah diri kita.

Ya, futur itu memeritkan kerna aku juga pernah merasainya.
Mengah di buatnya.
Sesak nafasnya.
Habes lemah seluruh anggota.
Fikiran sempit.
Otak buntu.
Himmah melemah dengan dahsyatnya.

Tapi anda tahu, keperitan futur itu mengajar kita bangkit semula.
Mengajar kita apa ertinya ikhlas.
Mengajar kita apa ertinya bergantung sepenuhnya pada Dia.
Mengajar kita banyak tarbiah yang tak pernah terlintas difikiran.
Indah bukan. Ditarbiah direct oleh yang Maha kuasa!
Tatkala kita kehausan cahaya, Allah beri kita peluang merintih padaNya.

Tahu tak bile merintih, Allah akan jawab dengan ASAP, specific untuk kita?
Tak percaya selak surah Al baqarah ayat 186. Bak koupas seorang akh iaitu akh Nouman Ali Khan tentang ini.Katanya Allah bicara yang Dia akan memberikan respon tanpa bertangguh kepada SETIAP SEORANG yang merintih kepadaNYA. Tanpa bertangguh? Iya, Tanpa ada sedikit pon tangguhnya!
SubhanAllah!
** untuk penerangan dan kupasan lanjut sila lah baca dan dengarlah tafsirnya disini :
http://www.youtube.com/watch?v=YB3sU8hcXzs

Ianya sangat manis sampai tak tahu nak cerita macam mana.
Anda perlu merasainya dan cuba sedaya upaya untuk merasainya.
Saya boleh gerenti, ianya tersangatlah manis, lebih daripada manisnya gua kabung habuan nak buat buah melaka.

Terutamanya tatkala anda dilanda musibah.Tidak tahu kemana arahnya kita..ter’futur’ seketika dalam kesibukan hatta kepayahan yang dirasai dalam kesenangan.
Jadi, percayalah wahai duat, susah itu satu hal,dengan tarbiah dan dakwah ini,
tapi yang susah itulah definition of kemanisan yang sebenarnya.

Allahualam.

Penulis : Nurul Nadiah Mansor

Blog Penulis : ichbinmae.blogspot.de

Mahukan Artikel Seperti Ini Lagi? Sila Isi Form Dibawah

mm
Website yang menumpukan bahan bacaan islamik bagi yang memerlukan untuk pengisian rohani mereka. Jangan lupa like FB dan follow Twitter untuk dapatkan makluman artikel terbaru daripada kami.
Loading Facebook Comments ...

Leave a Reply