Syed Qutb : Kemerdekaan Di Sebalik Gerigi – Aliyah Ahmad

0
65
views

201682912421812580_2
Tanggal 29 Ogos 1966 merupakan tarikh ulangtahun  hukuman gantung dijatuhkan ke atas salah seorang tokoh intelektual Islam Mesir iaitu Syed Qutb. Beliau merupakan salah seorang duta Jemaah Ikhwanul Muslimin dan antara figur hebat yang menginpirasi gerakan Islam Moden.

Syed Qutb Ibrahim Husain As-Syazli, dilahirkan pada 9 Oktober 1906 di Wilayah Assiut, Mesir. Ayahnya merupakan salah seorang Ahli Parti Politik Negara di bawah pimpinan Mustafa Kamal.

Syed Qutb telah menghafaz Al-Qur’an  di sebuah pusat pengajian kampung. Beliau tidak pernah berkahwin, memiliki 2 orang saudara perempuan bernama Hamidah dan Aminah dan seorang adik lelaki yang dibesarkan di Sanaa bernama Muhammad. Beliau telah menyambung pengajian di Darul Ulum serta menetap di Kaherah bersama pak ciknya yang merupakan seorang penyair, wartawan, dan juga seorang ahli politik bernama Ahmad Husain Al-Musyi.

Syed Qutb sebagai seorang Tokoh Intelektual

Selepas beliau menamatkan pengajiannya pada tahun 1933, beliau telah bekerja sebagai seorang guru sekolah rendah. Beliau turut berperanan sebagai seorang pegawai di bahagian Kementerian Pendidikan , kemudian telah meletakkan jawatan pada tahun 1952, malah turut menolak sebarang tawaran untuk bekerja di bahagian kementerian tersebut lagi selepas itu, ketika mana pada waktu itu, beliau telah terlibat secara langsung dalam Revolusi  yang berlaku pada 23 Julai , namun beliau tetap bekerja beberapa bulan, tetapi sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kepimpinan Revolusi ini.

Syed Qutb pada asalnya merupakan seorang individu yang banyak terkesan dengan seorang tokoh intelektual Mesir pada ketika itu iaitu Abbas Al-Aqad, di mana  kemudiannya beliau didapati mempunyai percanggahan pendapat dengan tokoh tersebut lantas memulakan penulisannya sendiri yang bergenre Islamik semenjak tahun 1947 pada permulaan penglibatannya bersama Jemaah Ikhwanul Muslimin yang mana beliau secara rasmi telah bergabung dengan jemaah ini pada tahun 1953, dan turut muncul sebagai anggota Majlis Syura serta berperanan sebagai ketua di Bahagian Penerbitan Majalah Dakwah.

Tulisan-tulisan Syed Qutb terdapat dalam pelbagai jenis antaranya buku-buku sastera , politik, pemikiran dan gerakan Islam, novel, puisi dan syair. Beliau menolak ideologi Wasatiyyah yang dibawa oleh Ahmad Syauqi , Mustafa Sodiq Ar-Rifaie, di mana ideologi ini pada akhirnya telah digunapakai dalam sistem politik Mesir selepas itu.

Beliau telah ditangkap semasa berlakunya peristiwa kebangkitan rakyat pada tahun 1954, semasa penentangan terhadap Presiden Jamal Abdul Naseer di mana ketika ini Jemaah Ikhwanul Muslimin telah dituduh mendalangi cubaan membunuh Predisen Mesir dan akhirnya Syed Qutb telah menerima hukuman penjara selama 15 tahun serta diseksa dengan seksaan yang sangat kejam.

Ketika mana selepas itu adiknya Muhammad pula ditangkap pada tahun 1965, beliau secara lantang telah melakukan bantahan terhadap bahagian siasatan negara di mana akhirnya beliau telah ditahan semula pada bulan Ogos dalam tahun yang sama dan dikenakan hukuman gantung yang akan dilaksanakan pada pagi Isnin 29 Ogos 1966.

Syed Qutb di sebalik gerigi penjara

Beliau merupakan seorang individu yang mengesani golongan intelektual dalam gerakan Islam Kontemperori dengan metodologinya yang menumpukan kepada dua pemahaman utama iaitu Pentadbiran dan Jahiliyyah Moden. Ideologi beliau telah pun ditulis di dalam biografinya serta puluhan buku-buku, kajian penyelidikan dan beberapa artikel.

Di antara tulisan beliau yang popular dan memberikan impak yang besar dalam kalangan Islam di seluruh dunia malah turut diterjemahkan ke dalam beberapa bahasa asing pada tahun 1963 ialah buku ‘ Kepentingan Penyair di dalam Kehidupan ‘ seterusnya diikuti lebih 20 buah buku antaranya :-

  • Keadilan Sosial
  • Kritikan terhadap Sastera : Asas-asas dan Metodologinya
  • Gambaran Seni dalam Al-Qur’an
  • Ciri-ciri Gambaran Islam
  • Jalan Dakwah
  • Masa depan Agama ini
  • Di Bawah Lembayung Al-Qur’an ( 1951-1964 ) dalam 8 jilid yang mana tulisan ini telah mengetengahkan kaedah sudut pandangan Al-Qur’an yang baru.

Di antara mutiara kalam beliau ialah ,

“ Umat Islam memerlukan kepada  sebuah kelahiran yang baru, dan untuk sebuah kelahiran yang baru pasti akan ada keperitan, dan pada keperitan pasti akan ada kesakitan. “

“ Sesungguhnya jari telunjuk yang diangkat semasa solat untuk mengesakan Allah sama sekali tidak akan pernah menulis walau satu huruf pun untuk mengiktiraf undang-undang yang zalim.”

“ Sesungguhnya mereka hanya mahu sebuah negara Islam bercirikan Amerika Syarikat, sesungguhnya mereka hanya mahu menjadikan agama Islam ini sebuah agama yang hanya mampu memberikan fatwa berkenaan perkara-perkara yang membatalkan wuduhuk, tetapi tidak menjadi sebuah agama yang mengeluarkan fatwa berkenaan kedudukan umat Islam dalam sistem politik, ekonomi dan sosial “

“ Kezaliman tidak akan merasa gerun  terhadap apapun melainkan mereka menggeruni kebangkitan sebuah bangsa dan kesedaran dari hati-hati yang hidup,  dan mereka juga tidak membenci sebagaimana mereka membenci pada pendakwah yang menyeru kepada kebangkitan dan kesedaran, dan mereka tidak berdendam melainkan kepada mereka yang menyedarkan orang yang lalai”

“ Tidak ada perjuangan tanpa Aqidah, dan tidak ada kehidupan tanpa aqidah dan tidak ada kemanusiaan tanpa Aqidah “

Terjemahan oleh,

Aliyah binti Ahmad Bahari

Graduan Syariah, Universiti Yarmouk Jordan

Sumber Asal : mubasher.aljazeera.net

 

Mahukan Artikel Seperti Ini Lagi? Sila Isi Form Dibawah

mm
Website yang menumpukan bahan bacaan islamik bagi yang memerlukan untuk pengisian rohani mereka. Jangan lupa like FB dan follow Twitter untuk dapatkan makluman artikel terbaru daripada kami.
Loading Facebook Comments ...

Leave a Reply