Tahukah Anda Apakah Nama Lain Bagi Surah Al-Fatihah?

0
696
views

 

Men_reading_the_Koran_in_Umayyad_Mosque_Damascus_Syria-640x427

Al-Fatihah menjadi pembuka dalam kitab suci Al-Qur’an. Al-Fatihah juga sebagai pembuka dalam bacaan solat wajib maupun sunah.

Membaca Al-Fatihah merupakan bahagian dari rukun solat yang disepakati jumhur ulama. Tidak sah solat bila tidak membaca surat Al-Fatihah. Sebagaimana hadis berikut:

Tidak sah solat bagi orang yang tidak membaca Fatihatul Kitab (HR Sittah)

Surah ini disebut Al-Fatihah yang bermakna pembukaan kerana dengan surah inilah dibuka dan dimulainya Al-Quran.

Surah ini juga disebut sebagai Ummul Qur’an, induk al-Quran sebab ia merupakan induk dari semua isi Al-Quran.

Surah ini disebut juga sebagai As Sab’ul matsaany, tujuh yang berulang-ulang kerana jumlah ayatnya yang tujuh dan dibaca berulang-ulang ketika solat.

الْحَمْدُ لِلَّهِ أُمُّ الْقُرْآنِ وَأُمُّ الْكِتَابِ وَالسَّبْعُ الْمَثَانِي

(Surat) alhamdulillah (yaitu Al Fatihah) adalah ummul qur’an, ummul kitab dan as sab’ul matsani.(HR. Tirmidzi dari Abu Hurairah)

Surah ini juga digelar Asy Syifa yang bermakna penawar. Nama ini diambil dari sebuah hadis yang diriwayatkan di dalam sunan Ad Darimi dari sahabat Abu Sa’id Al Khudri secara marfu’, dikatakan:

فاتحة الكتاب شفاء من كل سم

Al Fatihah sebagai syifa (penawar) dari segala racun” (HR. At Tirmidzi no.2878 dan Al Hakim dalam Al Mustadrok 2/259).

Al-Fatihah Sebagai Penyembuh

Pada zaman Nabi Rasulullah SAW, seseorang terkena sengatan kalajengking. Sakit luar biasa di seluruh bahagian tubuhnya. Tabib yang mengubati beliau pun tidak mampu berbuat apa-apa lagi. Lalu seorang sahabat Rasulullah SAW, dengan izin Allah SWT, membacakan surah Al-Fatihah, dan sakit yang menimpa orang itu pun hilang. Sembuh sepenuhnya.

 

Mahukan Artikel Seperti Ini Lagi? Sila Isi Form Dibawah

mm
Website yang menumpukan bahan bacaan islamik bagi yang memerlukan untuk pengisian rohani mereka. Jangan lupa like FB dan follow Twitter untuk dapatkan makluman artikel terbaru daripada kami.
Loading Facebook Comments ...

Leave a Reply