Tahukah Anda Di Mana Kiblat Umat Nabi-Nabi Sebelum Nabi Muhammad – Md Hasri

0
1626
views

Sudah beberapa hari kita menyambut perstiwa bersejarah dalam umat Islam kerana pada bulan Syaban merupakan bulan berlakunya pertukaran kiblat umat Islam dari Baitul Maqdis ke Mekah.

Istilah ‘kiblat’ merupakan istilah yang mudah difahami oleh umat Islam yang membawa makna panduan ataupun arah seseorang untuk mendirikan solat.

Secara umumnya, ia merupakan terminal ibadah umat Islam untuk mengerjakan haji saban tahun bagi yang mampu.

Merujuk kepada surah 2 ayat 143, Tuhan telah memberi arahan kepada umat Islam untuk mengubah kiblat dari Baitul Maqdis ke Mekkah.

6493_western_wall_of_jerussalem

Arahan ini juga merupakan arahan yang bersifat ujian terhadap Nabi Muhammad dan umat Islam pada waktu tersebut.

Demikian Kami buat kamu satu umat di tengah, supaya kamu jadi saksi-saksi ke atas manusia, dan supaya Rasul menjadi saksi ke atas kamu, dan Kami tidak tentukan kiblat yang kamu hadapkan melainkan supaya Kami tahu siapa ikut Rasul, dan siapa yang balik di atas tumit-tumitnya. Sebenarnya ia sungguh berat, kecuali kepada orang-orang yang Allah beri petunjuk; tetapi Allah tidak akan biarkan iman kamu disia-siakan. Sesungguhnya Allah Lembut kepada manusia, Pengasih (2:143).

Kenyataan “kiblat yang kamu hadapkan” itu merujuk kepada ‘kiblat lama’ dan Tuhan telah memberi arahan untuk mengubah kiblat bertujuan untuk memberikan ujian kepada orang-orang yang mentauhidkan Tuhan Maha Esa.

Walaupun dalam Quran, tidak merujuk secara signifikan kepada mana-mana tempat bagi mewakili ‘kiblat lama’, namun sarjana muslim bersetuju bahawa Quran merujuk kepada kawasan Baitul Maqdis (Jerusalem).

Sebagai umat yang berpandukan kepada Al Quran semata-mata, pengetahuan berkenaan dengan ‘kiblat lama’ tidak mempunyai nilai legislatif tetapi ia mempunyai nilai sejarah semata-mata.

Sebaliknya, ‘kiblat baru’ pula secara terang-terangan dinyatakan dalam Quran sepertimana umat Islam telah diarah untuk mengubah dari kiblah lama ke Masjidil Al Haram (Mekah). Ini menunjukkan bahawa ‘kiblat baru’ ini mempunyai nilai legislatif dan nilai sejarah bagi umat Islam.

Dari mana sahaja kamu keluar, palingkanlah muka kamu ke arah Masjidil Haram; ia adalah yang benar daripada Pemelihara kamu, dan Allah tidak lalai daripada apa kamu buat. (2:149)

Sebelum turunnya ayat tersebut, pasti umat sebelumnya sudah mempunyai kiblat mereka yang tersendiri. Hal ini menunjukkan bahawa setiap umat mempunyai kiblat atau arah solatnya tersendiri.

Malah Nabi Muhammad sendiri mendirikan solat berdasarkan kiblat beberapa orang Nabi dan rasul yang terdahulu sebelum baginda. Merujuk kepada ayat Quran tersebut:

Namun begitu, jika kamu datangkan kepada orang-orang diberi al-Kitab tiap-tiap ayat, mereka tidak akan ikut kiblat kamu; kamu bukan pengikut kiblat mereka, dan bukanlah mereka pengikut-pengikut kiblat satu sama lain. (2:145)

1024px-Supplicating_Pilgrim_at_Masjid_Al_Haram._Mecca,_Saudi_Arabia

Ayat ini membuktikan bahawa setiap umat terdahulu mempunyai pelbagai kiblat yang tersendiri. Sepertimana kenyataan, “bukanlah mereka pengikut-pengikut kiblat satu sama lain.

Bukti seterusnya adalah ayat berikutnya secara terang-terangan umat sebelumnya sudah mempunyai kiblat atau arah solat yang sudah ditentukan oleh Tuhan. Merujuk kepada ayat tersebut:

Tiap-tiap orang ada haluannya yang dia palingkan… (2: 148).

Adapun pada zaman Nabi Musa dan umatnya turut mempunyai kiblat yang tersendiri seperti dalam surah ke-10 ayat 87 menggunakan istilah kiblat atau arah.

Dan Kami wahyukan Musa dan saudaranya, “Ambillah kamu untuk kaum kamu di Mesir, rumah-rumah tertentu, dan buat rumah-rumah kamu satu kiblat, dan lakukan solat, dan beri berita gembira kepada orang-orang mukmin.” (10:87.

Ayat ini juga memberitahu kita berkenaan dengan fakta membuktikan bahawa Nabi Musa dan Harun telah diarahkan oleh Tuhan untuk kembali ke kediaman mereka lalu menjadikan kawasan itu sebagai kiblat untuk kaum Nabi Musa sendiri.

Dalam ayat ini juga menunjukkan bahawa kiblat itu dalam membawa makna tempat atau lokasi untuk mendirikan solat (ibadah).

Kami lihat kamu membalik-balikkan wajah  kamu ke langit; sungguh Kami akan palingkan kamu kepada kiblat yang kamu puas hati. Maka palingkanlah muka kamu ke arah Masjidil Haram… (2:144).

Ayat seterusnya menunjukkan bahawa seseorang yang tidak tahu kiblatnya dibenarkan untuk menghadap mana-mana kiblat yang telah sedia ada. Sebaliknya jika wujud satu kiblat yang telah sedia ada, maka diwajibkan seseorang itu memalingkan mukanya kearah kiblat yang sama.

Kesimpulannya;

  1. Merujuk kepada ayat-ayat Al Quran tadi jelas membuktikan bahawa sebelum penurunan wahyu Quran sudah wujud pelbagai kiblat selain daripada kiblat Baitul Maqdis dan kiblat Mekah. Erti kata yang lain setiap nabi dan kaum berkemungkinan besar mempunyai kiblat mereka tersendiri.
  2. Perubahan kiblat dari Baitul Maqdis ke Kaabah itu menunjukkan bahawa ujian buat umat Islam pada waktu itu.

Pandangan Injil

Sumber Injil berkenaan dengan kiblat solat tidak boleh diketepikan kerana sekurang-kurangnya memberikan informasi-informasi sejarah kiblat yang berlaku pada zaman sebelum Nabi Muhammad.

  1. Dalam Daniel 6 ayat ke-10 telah menyebut bahawa Nabi Daniel (Nabi bangsa Israel) telah mendirikan solat tiga kali sehari. Bahkan dalam ayat tersebut menyebut bahawa Nabi Daniel telah menghadap kiblat ke Jerusalem.

“Demi didengar Daniel, bahwa surat perintah itu telah dibuat, pergilah ia ke rumahnya. Dalam kamar atasnya ada tingkap-tingkap yang terbuka ke arah Yerusalem; tiga kali sehari ia berlutut, berdoa serta memuji Allahnya, seperti yang biasa dilakukannya.” (Daniel, 6: 10)

Bukti Injil dan skripsi suci ini telah menunjukkan bahawa ibadah solat yang berkiblatkan Jerusalem telah bermula sejak zaman Nabi Daud dan anaknya Nabi Sulaiman.

  1. Dalam kitab 1 King, kita melihat bagaimana Nabi Sulaiman dan umatnya telah mendirikan solat berkiblatkan rumah ibadat yang mereka bina untuk Tuhan di Jerusalem (rujuk kembali: 1 Kings, 8: 22-44). Dalam ayat ini juga menjelaskan bahawa Nabi Sulaiman bersaksi bahawa baginda merupakan hamba Tuhan, maka masyarakat Israel dan golongan asing harus mendirikan solat di kawasan ibadah yakni Jerusalem.

“Kemudian berdirilah Salomon di depan mezbah TUHAN di hadapan segenap jemaah Israel, ditadahkannyalah tangannya ke langit,” (1 Kings, 8: 22).

 “Apabila langit tertutup, sehingga tidak ada hujan, sebab mereka berdosa kepada-Mu, lalu mereka berdoa di tempat ini dan mengakui nama-Mu dan mereka berbalik dari dosanya, sebab Engkau telah menindas mereka,…” (1 Kings, 8- 35).

“…lalu seseorang atau segenap umat-Mu Israel ini memanjatkan doa dan permohonan di rumah ini dengan menadahkan tangannya–karena mereka masing-masing mengenal apa yang merisaukan hatinya sendiri…” (1 Kings, 8- 38).

“sebab orang akan mendengar tentang nama-Mu yang besar dan tentang tangan-Mu yang kuat dan lengan-Mu yang teracung dan ia datang berdoa di rumah ini,” (1 Kings, 8: 42).

“Apabila umat-Mu keluar untuk berperang melawan musuhnya, ke arah manapun Engkau menyuruh mereka, dan apabila mereka berdoa kepada TUHAN dengan berkiblat ke kota yang telah Kaupilih dan ke rumah yang telah kudirikan bagi nama-Mu,” (1 King, 8: 44).

Malahan, perkataan “ditempat ini”, “di rumah” sebenarnya merujuk konsep kiblat yang telah dinstruksi oleh Tuhan dalam memakbulkan permintaan Nabi Sulaiman dan pengikutnya dalam mendirikan solat.

Hikmah Pemindahan Kiblat

Jelas ini menunjukkan bahawa Al Quran telah membuktikan bahawa ketepatan fakta sejarah walaupun pemindahan kiblat asalan tidak dinyatakan kerana cukup sekadar memberikan hikmah peristiwa pemindahan itu penting buat umat Islam.

Hal ini kerana hikmah pemindahan adalah ujian dan dugaan buat umat Islam untuk mengkaji musabab pemindahan.

Dalam erti kata yang lain, zaman Nabi Muhammad memberi sinar universalisme kepada umat manusia. Berbeza dengan umat sebelum ini mempunyai kiblat-kiblat yang tersendiri.

Apabila datangnya Nabi Muhammad, kiblat itu disatukan kepada satu sahaja bangsa manusia yakni mentauhidkan Tuhan Maha Esa dan bernabikan kepada nabi yang terakhir yakni Muhammad.

KUPON BUKU DISKAUN RM5 IMANSHOPPE

mm
Website yang menumpukan bahan bacaan islamik bagi yang memerlukan untuk pengisian rohani mereka. Jangan lupa like FB dan follow Twitter untuk dapatkan makluman artikel terbaru daripada kami.

Leave a Reply