Tahukah Anda Siapakah Orang Yang Paling Rugi Di Dunia?

0
165
views

Kata Ustadz Nouman Ali Khan sambil membentangkan tafsir Surah Hajj, Ayat yang ke 11 yang berbunyi:

“Dan di antara manusia ada yang menyembah Allah hanya di tepi, maka jika dia memperoleh kebaikan, dia merasa puas, dan jika dia ditimpa suatu cubaan dia berbalik ke belakang. Dia rugi di dunia dan di akhirat dan itulah kerugian yang nyata”

وَمِنَ النَّاسِ مَن يَعْبُدُ اللَّهَ عَلَى حَرْفٍ 

“Dan di antara manusia ada yang menyembah Allah hanya di tepi.”

حَرْفٍ (harfin) bermaksud “edge” atau di tepi. Kata Ustadz Nouman Ali Khan .

Justeru itu bermakna seseorang yang berdiri di tebing lurah atau bukit (somebody standing at the edge of a cliff), yang terawang-awang (he’s kind of dangling, he’s not quite there and not quite here)

man searching on edge of cliff

Dan Allah swt mengambarkan mereka lagi,

فَإِنْ أَصَابَهُ خَيْرٌ اطْمَأَنَّبِهِ 

“maka jika dia memperoleh kebaikan, dia merasa puas”

Dia gembira dan dia happy.

Tetapi sebaliknya jika

وَإِنْ أَصَابَتْهُ فِتْنَةٌ 

“Dan jika dia ditimpa suatu cubaan/ujian,”

Maka,

انقَلَبَ عَلَى وَجْهِهِ

“dia berbalik ke belakang.”

Orang seperti ini dimana pada suatu ketika dahulu mereka adalah seorang yang sangat ‘komited’ dengan Islam. Jika di dalam jamaah, dia adalah orang yang sangat “komited” dengan amal-amal dakwah.

Jika sesuatu baik berlaku, maka dia akan kata

“Aku cinta Islam, Alhamdulillah semuanya baik-baik belaka”

Tetapi jika sebaliknya menimpa mereka (sesuatu yang buruk), boleh jadi mereka berkata seperti ini

“Kenapa Allah buat macam ni dekat aku ?”

“Kenapa aku perlukan agama lagi ? ”

“Aku tak perlukan Islam”

“Aku tak perlukan jamaah ”

“Aku deserve something better” ..

Mereka tiba-tiba membelakangkan Allah, dan agama mereka. Seakan-akan mereka bukan orang Islam.

Orang ini digambarkan dalam ayat yang seterusnya sebagai

خَسِرَ الدُّنْيَاوَالْأَخِرَةَ 

Dia rugi di dunia dan di akhirat dan

ذَلِكَ هُوَالْخُسْرَانُ الْمُبِينُ 

Mereka adalah orang-orang yang sangat rugi !

Totally rugi! that is the ultimate loss, it’s obviously the ultimate loss ! ! !

jari telunjuk

Mahukan Artikel Seperti Ini Lagi? Sila Isi Form Dibawah

mm
Website yang menumpukan bahan bacaan islamik bagi yang memerlukan untuk pengisian rohani mereka. Jangan lupa like FB dan follow Twitter untuk dapatkan makluman artikel terbaru daripada kami.
Loading Facebook Comments ...

Leave a Reply