Takut Miskin Kerana Bernikah, Tanyalah Imanmu!

0
2458
views

takut untuk kahwin kerana miskin

[su_quote]“Dan kawinkanlah orang orang yang sendirian di antara kamu, dan orang orang yang layak (berkahwin) dari hamba-hamba sahayamu yang lelaki dan hamba-hamba sahayamu yang perempuan. Jika mereka miskin Allah akan memampukan mereka dengan karuniaNya. Dan Allah Maha Luas pemberianNya lagi Maha Mengetahui”[/su_quote]

Begitulah janji Allah dalam Surah An Nuur :32) , pada anda yang mahu berkahwin, Anda pasti kaya!

Imam Al Qurtubi, mengatakan, ayat tersebut mengandungi makna bahawa jangan biarkan kemiskinan seorang lelaki dan seorang wanita menjadi alasan untuk tidak berkahwin.

Jika perkahwinan tersebut hanya mencari redha Allah dan menjauhi daripada kemurkaan Allah maka Allah akan memampukannya dan Allah akan mengkayakannya.

Ayat itu merupakan bukti bahawa bernikah itu tidak pandang pada darjat. Anda dibolehkan menikahi orang miskin. Kerana itulah, tidak seharusnya anda berkata,

“ Bagaimana aku akan berkahwin jika aku tidak punya duit?”

“ Tentu aku akan susah jika berkahwin dengan orang miskin, jangan-jangan aku akan menjadi semakin miskin?”

Jangan pernah kita berkata dan berfikiran sebegitu. Mengapa? Sebab rezeki telah dijanjikan oleh Allah, dan makanan pun telah dijamin oleh Allah.

Merujuk pada gambaran-gambaran tersebut, tidak sepatutnyalah kita takut berkahwin hanya karena kita miskin, yang sebetulnya adalah saat miskin itulah kita harus berani berkahwin. Bismillah!

Berkahwinlah karena Allah , nescaya Allah akan menjamin kehidupan kita.

Lihatlah betapa Rasulullah menunjukan kepada kita bahawa kemiskinan bukanlah penghalang bagi sebuah perkahwinan. Buktinya ?

Beliau berani menikahkan seorang perempuan yang datang kepada beliau seorang lelaki miskin yang tidak mempunyai apa-apa selain pakaian yang ada di tubuhnya.

Hal ini penting untuk ditekankan, lantaran kebanyakkan faktor orang takut berkahwin kerana mereka miskin. Sehingga dengan berkahwin mereka merasakan akan semakin miskin dan susah hidupnya. Padahal, Allah berkata lain, justeru dengan berkahwin Dia akan mengkayakan dan memampukan kita.

Cuba untuk fahami dan renungi perkataan sahabat Nabi di bawah ini kalau anda semua masih takut bernikah kerana miskin, maka pertanyakanlah keimanan dalam dirimu!

“ Patuhilah Allah dalam apa-apa yang Dia telah perintahkan padamu untuk berkahwin. Dia akan memenuhi janjiNya untuk membuatmu kaya.” (Abu Bakar As-Siddiq)

“ Carilah kekayaan pada sebuah pernikahan! Aku tidak pernah melihat sesuatu yang lebih pelik daripada seorang lelaki yang tidak mencari kekayaan dengan sebuah pernikahan. Padahal Allah telah menjanjikan “…Jika mereka miskin, maka Allah akan mengumpulkan mereka dengan karuniaNya “(Umar bin Khattab)

“Temukanlah kekayaanmu dengan perkahwinan.” (Abdullah bin Mas’ud)

Jadi, wahai hamba Allah ! Apakah sekarang masih ada lagi yang menghalangi anda untuk menikah? Bukankah janji Allah ini tidak cukup bagi anda?

Sumber

Artikel Yang Berkaitan :

KUPON BUKU DISKAUN RM5 IMANSHOPPE

Leave a Reply