Tanggungjawab Mengundi Dan Kaitannya Dengan Kisah Nabi Ibrahim – Hajar Arbain

0
329
views

 

“Aku tak dak hati lah weh nak mengundi-mengunci ni. Buang masa je, parti mana pun sama je kaki penipu semuanya”, luah Maira.

Jauh aku memikirkan luahan Maira semalam. Ada betul nya apa yang Maira katakan. Sekarang ini semua parti politik hanya bermain drama semata-mata.

Hanya sekadar mahu meraih undi rakyat marhaen. Tidak ada langsung yang benar- benar tulus memikirkan maslahat rakyat, apetah lagi turun membantu rakyat dalam kesusahan. Semua nya hidup dalam kempen masing-masing.

Walaupun hakikatnya mereka masih punya pengundi, barangkali rakyat sudah tidak punya pilihan.

“Apa pilihan parti yang kita masih ada pun?”, soal hatiku sendirian merenung jauh di tepi laut sambal menunggu sahabatku Farah datang.

Kami berjanji untuk berjumpa di belakang rumahku ini, yang cantik dijamu pemandangan laut meluas.

“Assalamualaikum”, tegur suara di belakangku.

“Waalaikumussalam… Eh! Farah! Sorry tak perasan kau dah sampai”, jawabku sebaik menoleh melihat kelibat Farah, rakan lamaku sejak zaman sekolah lagi.

Kami sama-sama sedang menghabiskan pelajaran masing-masing di universiti awam di selatan Malaysia.

Walaupun kami satu universiti, namun bidang dan fakulti kami berbeza. Susah sekali mahu berjumpa, apetah lagi bersembang santai sebegini.

Kebetulan sekarang adalah musim mengundi, alhamdulillah kami dapat berjumpa sebab wajib pulang ke kampung halaman untuk mengundi.

“Sibuk mengelamun la tu memang la tak sedar aku datang haha!”, usik Farah padaku.

“Haha mana ada…. Banyak fikir sikit la… hmm Farah, kau undi ape esok?”, tanyaku pada Farah.

“Wei, undi kan rahsia! Hoho… mana boleh bagitahu”, jawab Farah.

“Haha ok fine! Kau ingat lagi tak dengan Maira? Semalam aku pergi rumah dia sembang-sembang dengan dia, aku tanya dia nak undi apa, kau tahu tak dia jawab apa? Dia boleh jawab bendaa ni BUANG MASA!

Sentap pulak aku dengar. Tu aku mengelamun tadi, kadang-kala aku fikir betul juga cakap Maira tu. Apasal kita sibuk-sibuk nak undi padahal bukannya boleh ubah negara kita ni pun.

Kau tengok jela politik-politik kita sekarang, semua nya drama, sampah je aku depa main-mainkan rakyat! Geram juga aku tengok.”, luah aku pada Farah.

Tergelak kecil Farah melayan luahan aku. Geram juga dibuatnya. Aku punya serius berbicara dia gelakkan aku. Huh!

“Kau apasal gelak-gelak ni, tak kelakar la weh isu ni serious!”, soal aku pada Farah.

“Siti, sorrylah bukan niat saja-saja nak ketawakan kau. Tapi bagus la kau memang ambil serius juga benda ni kan hehe.

Aku pun punya stand aku berkaitan benda ni. Kalau kau dengarlah. Kalau tak nak, jom kita pergi sambung makan sotong celup tepung sebab aku dah lapar haha”, kata Farah.

“Aku tak lapar so kau cerita jelah stand kau, aku nak dengar” jawab aku.

“Beb, memang tak dinafikan undi kita ni seciput. Siapalah kita ni nak membawa perubahan kepada negara. Tapi lupakah kita pada kisah si burung kecil, ketika Nabi Ibrahim as di bakar oleh kaumnya, apa burung yang kecil tu buat?

Dia ambil air dengan mulutnya yang kecil tu untuk cuba memadamkan api tersebut. Sampai si cicak pun bertanya apa lah sangat air kecil tu boleh buat.

Kau tahu apa jawapan burung tu?”, tanya Farah padaku mematikan lamunanku. Mungkin dia ingat aku tak mengelamun tapi sebenarnya aku mengikuti kata-katanya.

“Entah, apa kata burung tu?” soalku.

“Aku tak ingat ayat yang penuh tapi dia jawab lebih kurang macam ni, si burung tu tahu air nya itu tak cukup untuk memadamkan api yang sedang membakar Nabi itu, tapi dia tetap akan usaha, sebab itu lah hujah yang akan dia bawa, sekiranya ditanya Allah kelak apa usahanya membantu Nabi Allah itu?”, terang Farah.

“So, kau rasa kalua lah Allah mentakdirkan Malaysia sekarang memang sedang bermain politik kotor, kau nak biarkan begitu je?

Melihat terusan politik kotor tu mempermain-main kita sebagai rakyat? Beb, perlu kita ingat, Allah tak menilai kesannya, tapi Allah melihat juga usaha kita.

Nak tak nak, ini sahajalah medan kita perlu mengundi yang paling kurang mudaratnya pada rakyat kita,”sambung Farah.

“Undi yang kurang mudarat??! Kau undi siapa beb?” , tanyaku lagi yang masih belum berpuas hati dengan jawapan Farah itu.

“Undi itu rahsia! Kahkahkah”, ngusik Farah sambal berjalan masih lagi tak menjawab persoalan aku.

“Cis!”, marahku.

“Aku undi parti yang tak terlalu banyak bermain drama, aku tak kata parti tersebut BERSIH dari segala penipuan, tapi aku mengundi parti yang lebih telus, kurang drama politik, dan paling penting setuju dengan pembinaan negara rahmah.

Aku suka negara rahmah ni sebab ia adalah idea untuk melahirkan sebuah negara yang rakyatnya saling mencintai antara satu sama lain tak kira bangsa mahupun agama. Haa kau fikir sendiri lah aku undi apa.

Yang penting TAK BANYAK DRAMA dan tidak bermain dengan isu perkauman!” terang Farah mengakhirkan perbualan kami.

“Negara Rahmah? CInta? Kurang Drama? Hmmm Jauh juga aku kena fikir macam ni”, getus hatiku keseorangan.

 

Siti Hajar binti Arbain

Degree of Science (Industrial Mathematics)
Master of Science (Computer Science)
PhD Candidates (Computer Science)
Universiti Teknologi Malaysia (UTM)
Artikel Berkaitan :

Mahukan Artikel Seperti Ini Lagi? Sila Isi Form Dibawah

mm
Website yang menumpukan bahan bacaan islamik bagi yang memerlukan untuk pengisian rohani mereka. Jangan lupa like FB dan follow Twitter untuk dapatkan makluman artikel terbaru daripada kami.
Loading Facebook Comments ...

Leave a Reply