Tarbiyah Aulad, Tanggungjawab Ibubapa Dan Masyarakat – Salwati Yaakub

0
83
views

parenting-title-image_tcm7-188622

Pendidikan merupakan teras yg utama dalam kehidupan masyarakat dan  berlangsung sepanjang hayat seseorang insan. Ianya memberi makna yang cukup indah dalam kamus kehidupan manusia. Justeru pendidikan harus dimulakan pada peringkat awal kanak-kanak.

Menurut pandangan islam, mendidik anak-anak supaya menjadi seorang insan yang berguna di dunia dan akhirat adalah tanggungjawab penting ibubapa, guru dan masyarakat.

Oleh itu pendidikan yang berkesan bermula dari didikan awal kanak-kanak seperti mana pepatah melayu yang masyhur iaitu ‘melentur buluh  biarlah dari rebungnya’.

Didikan yang tepat pasti akan menghasilkan generasi yang berdaya dan mempunyai jati diri yang utuh.

Pendidikan juga merupakan alat penting dalam membangunkan sesebuah modal insan. Untuk membangunkan modal insan ianya bermula dari awal pendidikan.

Justeru rata-rata negara di dunia ini memberi fokus yang utama dalam pendidikan awal kanak-kanak.  Di Malaysia, pendidikan awal kanak-kanak iaitu pra sekolah adalah berkonsepkan pendidikan tidak formal yang menyediakan pengalaman pembelajaran kepada kanak-kanak berusia empat hingga enam tahun.

Matlamatnya untuk menyuburkan potensi kanak-kanak dalam semua aspek perkembangan, menguasai kemahiran asas dan memupuk sikap positif sebagai persediaan untuk ke pendidikan seterusnya iaitu sekolah rendah.

ParentingSS-Post

Hasil daripada pengalaman pra sekolah bakal mencorakkan perkembangan  kanak-kanak sehingga dewasa. Sebagaimana yang diketahui bahawa kanak-kanak merupakan kurniaan Allah dengan fitrahnya yang sentiasa bersedia dan berpotensi menerima apa saja, sama ada yang baik atau sebaliknya.

Justeru melalui kurikulum yang mantap akan dapat melahirkan generasi muda yang kamil dunia dan akhirat.

‘Kanak-kanak merupakan amanah dan tanggungjawab orang tuanya, jiwanya yang suci murni merupakan permata mahal yang bersahaja dan bebas dari ukiran dan gambaran dan ianya boleh menerima setiap ukiran dan cenderung kepada apa yang dicenderungkan kepadanya

(Al Ghazali, 1296H dalam Fatimah, Zurida & Khadijah, 2000)

Dan ketahuilah bahawa  harta bendamu dan anak-anakmu itu adalah sebagai ujian dan sesungguhnya di sisi Allah pahala yang besar (Surah Al- Anfal:28).

Berdasarkan kenyataan di atas memperlihatkan bahwa kedudukan anak sebagai amanah Allah dan sebagai ujian kepada ibu bapa. Seterusnya Allah menguji sama ada amanah itu berjaya dilaksanakan oleh kedua ibu bapa. Sekiranya berjaya dilaksanakan maka ganjaran yang besar untuk keduanya.

Tidak ketinggalan juga negara Malaysia, sebuah negara yang memiliki Dasar Asuhan dan Didikan Awal Kanak-Kanak  Kebangsaan.

Dasar yang komprehensif ini adalah bertujuan memastikan perkembangan yang holistik  bagi semua kanak-kanak dari lahir hingga empat tahun. Ia merupakan asas kukuh kepada pembangunan potensi kanak-kanak berlandasakan acuan Malaysia.

Dasar ini pengukuh serta pelengkap kepada Dasar Pendidikan Kebangsaan sedia ada.

171626170-56a796663df78cf77297664b

Penyataan Dasar ini amat penting memandangkan  kanak-kanak merupakan kumpulan masyarakat yang perlu diberi perhatian oleh Kerajaan, ibu bapa, NGO dan pihak swasta supaya mereka dibesarkan mengikut acuan Malaysia ke arah melahirkan modal insan yang berkualiti tinggi dan berperibadi mulia.

Justeru semua pihak yang bertanggungjawab perlu menggembeleng tenaga, kepakaran dan sumber, menyediakan program, aktiviti, perlindunagn serta kemudahan yang dapat merangsang perkembangan positif kanak-kanak.

Jelaslah di sini bahawa pendidikan awal kanak-kanak adalah teras untuk melahirkan generasi yang sempuna dan mantap aqidahnya.

Salwati binti Yaakub

Biro Pembangunan  dan Pembelaan Kanak-kanak.

Jawatankuasa Pusat, Wanita IKRAM.

Leave a Reply