Tarbiyah Disana,Tarbiyah Disini

0
4,772
views

Tarbiyah Disana,Tarbiyah Disini

 

Tarbiyah Disana,Tarbiyah Disini | Assalamualaikum,pada beberapa hari yang lepas aku telah mengikuti perkhemahan ke Sabah.Memang banyak pengalaman,kawan yang aku dapat tetapi hati aku masih kosong.Kosong dengan tarbiah

 

Di sana tiada tarbiyah seperti di sekolah aku,pada malam hari diadakan Malam Kebudayaan.Teringat sejenak apabila aku ada program Mukhayyam Tarbawi,dipenuhi dengan tazkirah dan segala bentuk kerohanian .Di sana,selepas bacaan Tahlil dan Yasin terus menari sana sini.Aku terdetik “Di manakah Tarbiah itu?”.Apa guna bacaan Tahlil dan Yasin,apa guna tazkirah yang diberikan sekiranya selepas itu kami disajikan dengan hiburan yang melalaikan.

 

Hati aku kosong,hati aku perlu pengisian di sana.Tetapi apa yang aku harapkan meleset.Mungkin aku boleh berasa gembira mendapat kawan dengan sekolah lain,yang dalam rangkaian lain.Tetapi hati ini?KOSONG.

 

5 Hari di sana ,pelbagai pengalaman aku dapat.Tetapi hati tetap kosong kerana hati aku tidak diberi tarbiyah yang sewajarnya.Mungkin ramai yang akan berkata “Relax ah 5 hari je pun kan?”Tetapi dengan 5 hari siapa tahu mungkin aku akan jadi berbeza dari aku yang dulu.

 

Kita memerlukan tarbiyah,walaupun setua mana,sehebat mana,kita tetap memerlukan Tarbiyah.Kita perlukan Usrah tetapi berapa ramai yang sanggup meluangkan masa dengan tarbiyah berbanding menonton televisyen?Berapa ramai yang sanggup bersama ahli ahli usrah berbanding tidur dan melepak sepanjang masa?

 

Murrobi,bagaimanakah cara untuk anda menarik perhatian agar dapat mentarbiyah ahli ahli anda dan ahli ahli usrah,sejauh manakah keinginan anda untuk ditarbiyah?Sejauh manakah rasa mahu ditarbiyah.

 

“Umur masih panjang bro,esok lusa ah” Sedarkah semakin lama kita semakin dekat dengan kematian,semakin bertambah umur,semakin bertambah hari kita untuk ke alam kematian.Bersediakah kita menempuhinya tanpa sebarang bekalan di dada?.

 

“Tarbiyah bukan segala galanya tetapi segala galanya memerlukan tarbiyah” Kita memerlukan pembimbing yang boleh mentarbiyah kita.Ada orang lebih suka murobbinya garang kerana senang nak tarbiyah dia,ada mahu yang lembut dan sebagainya.Sebagai murobbi,walaupun tugas anda untuk mentarbiyah tetapi ingat,anda juga masih dalam proses tarbiyah,anda juga memerlukan bimbingan.Murobbi perlu menjadi lebih bagus,lebih baik dari yang lain kerana itu yang akan dinilai oleh ahli ahlinya.Jika ketuanya hancur,mungkin ahli ahlinya sudah lebur

 

Ketika di Sabah,saya belajar sesuatu iaitu cara untuk menarik orang untuk ditarbiyah.Saya menggunakan kaedah santai iaitu bercerita pengalaman di sekolah dan sebagainya.Saya bercerita bukan untuk menunjuk tetapi ia adalah satu langkah awal bagi mereka lebih berminat dengan islam.

 

Hasilnya ?Alhamdulillah ada yang terbuka tetapi ada yang masih tertutup pintu hatinya.Tetapi saya bersyukur kerana dapat mentarbiyah sekaligus dapat belajar cara untuk mentarbiyah orang.

 

Orang ini berbeza hatinya,begitu juga saya.Tidak semua suka cara saya mentarbiyah dan saya juga ada sahaja yang tidak suka sebahagian pentarbiyah.Tetapi saya bersyukur,masih ada yang mahu mentarbiyah saya dan bersyukur dapat pengalaman mentarbiyah orang lain.

 

 

Bila diri ini ditarbiyah dengan baik,maka akan lahirnya generasi generasi islam yang akan meneruskan kegemilangan khulafa rasyidin,maka itulah perlunya tarbiyah.Itulah perlunya kita sebagai hamba bersedia untuk ditarbiyah.

 

 

Tarbiyah bermula di rumah,dari rumah ke sekolah dan terus ke mana mana sahaja.Tarbiyah bermula dari kita,antara kita mahu ditarbiyah atau tidak.Tepuk dada tanya iman,adakah kita sudah bersedia untuk ditarbiyah atau tidak?

 

 

Akhir kata,ini pesanan untuk ana .Dari hati ke jari.Nanti bila sudah besar,kita jadi keras kepala,susah menerima tarbiyah jadi pada waktu inilah kita berusaha mentarbiyah diri.Menjadi insan soleh wa musleh,menjadi insan yang luar biasa bagus hebat sekali.Kita tarbiyah diri sendiri di samping mentarbiyah orang lain.Semoga kita dapat menjadi insan yang luar biasa bagus hebat sekali

 

 

NAMA:NURFARZAANA HANANFAREEHA BT MD BOKHARI

SEKOLAH:SEKOLAH MENENGAH ISLAM AMAN,KOTA BHARU,KELANTAN

Leave a Reply