Tarbiyatul Aulad : Mencintai Al Quran

2
369
views

kids reading Quran

Rugi rasanya menyimpan sahaja cita-cita ini di dalam kepala, tanpa menterjemahkannya dalam bentuk tulisan. Mungkin satu dua hari sahaja bersemangat. Esok lusa mungkin lupa. Justeru, saya mengambil inisiatif ini, untuk menulis apa yang telah lama terbuku di dalam kepala mengenai plan untuk mendidik anak-anak supaya menjadi hafidz Quran. Meskipun saya masih lagi bujang terlajak… Ops..

Disebabkan saya masih lagi bujang terlajak dan tidak punya anak, maka segala apa yang ditulis hanyalah didapati melalui pembacaan tips-tips parenting dan menonton siri dokumentari “Traveller with Quran” oleh Syeikh Fahad Al Kandari. Belum lagi ada sesi try and error. Maka cara saya ini amatlah wajar sekali disangkal, memandangkan saya juga bukanlah seorang hafidz Quran.

Ok, tanpa melengah-lengahkan masa lagi, here come all the tips and planning. Dan tips-tips ini bisa berubah mengikut masa dan suasana.

Langkah Pertama. (Sebelum Berkahwin).

Seorang akh berpesan:

Berangan-anganlah sebelum tidur membayangkan keluarga seperti apa kamu mahu bina.

Saya mempunyai impian mahu membangun sebuah keluarga Al Quran, yang menjadi qudwah buat masyarakat sekeliling.

Justeru, perubahan pertama wajib dimulai dengan diri saya sendiri.

Mahu anak yang hafiz quran ? maka saya harus berusaha ke arah itu terlebih dahulu.

Bagaimana ?

Cuba sedaya upaya untuk mempelajari bahasa arab dan mendalami tafsir Al Quran sementara masih tengah bujang dan banyak masa kosong.

Kalau saya, saya subscribe channel Ustadz Nouman Ali Khan yang mengajar anaknya Husna bahasa arab, ini link dia (UNAK) dan mendengar tafsir ayat-ayat Al Quran di (Nouman Ali Khan Channel).

Adapun , kalau anda berkesempatan untuk mengikuti kelas-kelas bersijil dan berbayar. Fuhh !! lagi-lagilah dialu-alukan.

Kenapa pentingnya bahasa arab ini ?

Pertama sekali.

Hendak tahu kenapa iman kita berbeza dengan iman para sahabat r.a ?

Kerana para sahabat r.a, bilamana mereka mendengar ayat Al Quran mereka mendapat dua perkara , mesej yang ingin disampaikan dan juga merasai keajaiban (mukjizat ayat itu).

Tetapi kita, hanya mendapat satu perkara sahaja, iaitu mesej ayat. Tetapi tidak dapat merasai keajaiban Quran kerana kita tidak tahu bahasa arab.

(Ustadz Nouman Ali Khan)

Juga, kata Ustadz Nouman Ali Khan,

Keindahan asli sesebuah sajak atau puisi itu akan hilang jika diterjemahkan ke dalam bahasa lain, iyalah mana sama kan.

Seperti contoh sajak ciptaan Muhammad Iqbal (urdu) diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu.

Itu baru sajak ciptaan manusia. Bagaimana pula dengan Al Quran ? Tidak sama antara membaca Quran terjemahan dan faham sendiri ayat-ayat al Quran yang dibaca.

AllahuAllah.

Maka, itu adalah langkah pertama kita sebelum berumah tangga.

Langkah Pertama perpuluhan dua (Memilih Calon Isteri).

Ibu adalah madrasah pertama bagi anak-anak di rumah.

Percayalah ! Hanya tangan yang menghayun buaiyan sahaja mampu melahirkan seorang rijal yang hebat untuk agama. Sejarah telah membuktikan.

Maka, dalam memilih calon isteri, pertama-tama sekali, anda harus membayangkan terlebih dahulu, keluarga seperti apa yang anda mahu bina ?

Keluarga dakwah yang macam mana ?

Jika mahu anak-anak anda, cintakan Al Quran, maka, ibunya dan ayahnya dulu harus mencintai Al Quran.

Hal ini kerana, tiada silibus khas dan resepi istimewa untuk membuatkan anak-anak cintakan Al Quran , melainkan ibu bapanya benar-benar cinta akan Al Quran terlebih dahulu.

Justeru, faktor pemilihan isteri amat penting di sini. Adapun, jika bakal isteri anda fasih berbahasa arab dan sangat cintakan ayat-ayat Allah ataupun seorang hafidzah, itu adalah bonus. Jika tidak, hei ! Jangan give up ! Itu bukan penghalang ! Ada seribu satu kaedah lain ! Percayalah. Anda mampu melakukannya.

Dengan syarat, anda jangan putus asa berusaha dan berdoa !

Supaya dikurniakan zuriat dan isteri yang menjadi penyejuk di mata dan penawar bagi hati.

Amin.

Syeikh Fahad Al Kandari menceritakan satu kisah yang menyayat hati. Mengenai keberkatan doa ibu.

Dia berkata, suatu ketika, aku pernah menjadi imam di salah sebuah masjid di Kuwait (imam full timer).

Aku dapati, setiap kali aku baca surah panjang, hanya ada seorang sahaja yang membetulkan kesalahanku.

Aku jadi tertarik padanya, dan pada suatu hari usai solat. aku berjumpa terus dengannya.

Pak CIk .. Adakah pak cik hafidz Quran ?

Pak Cik itu menjawab ya. Aku Hafidz Quran.

Lalu syeikh fahad bertanya, bilakah pak cik mula start menghafal ? Dari muda ?

Jawapan ini saya kira paling sentap.

Pak Cik mula menghafal, semasa usia pak cik 60 tahun !

MasyaAllah !!..

Syeikh Fahad bertanya lagi..

Bagaimana caranya pak cik ?

Maka pak cik itu menjawab. Dahulu, semasa aku masih kecil dan ibuku masih hidup, dia tidak putus-putus berdoa kepada Allah swt agar aku menjadi seorang hafidz Quran..

Dan hari ini, ketika aku telah tua, doanya telah dimakbulkan Allah swt.

Allahu Allah.

Langkah ke tiga (Fasa usia awal kanak-kanak 1-4 tahun)

Rata-rata saya lihat kanak-kanak hebat dalam dokumetari Syeikh Fahad Al Kandari mula menghafal Al Quran seawal usia 3 tahun lagi..

Berbagai-bagai ragam dan berbagai-bagai kaedah yang mereka aplikasikan. Justeru, tidak mustahil, jika kita turut sama menyumbang dalam pembangunan awal usia anak-anak kita ini.

Maka di bawah, saya rumuskan sedikit kaedah berdasarkan dapatan saya menonton dokumentari itu :

1) Wujudkan suasana rumah yang hiburan di dalamnya adalah Al Quran.

Dalam salah satu siri Syeikh Fahad alkandari di Morocco,

Beliau berjumpa dengan seorang remaja yang bernama Taha.

Taha, berjaya menghafaz Quran ketika berumur 10 tahun.

Ketika ditanya, oleh orang ramai, bagaimana anak-anak mereka bisa mencontohi beliau supaya cintakan Al Quran ?

Taha menjawab..

Anda mesti jadi seperti ayahku terlebih dahulu..

Allahu Allah..

Taha juga berkata..

“Kenangan terindahku semasa zaman kanak-kanak ialah hidup bersama Al Quran “

Iya, hal ini tidak mustahil. Tetapi ayah Taha berpesan, supaya tidak memaksa anak-anak untuk menghafal Al Quran secara keras.

Mulakan dengan mewujudkan persekitaran itu dahulu. Seperti, anda

  • Selalu tasmik hafalan dengan Isteri di rumah. Mewujudkan suasana tilawah di dalam rumah dengan asyik memasang bacaan-bacaan Al Quran.
  • Mendodoikan anak-anak sebelum tidur dengan bacaan-bacaan ayat-ayat Al Quran.
  • Memenuhkan ipad anda dan komputer anda dengan siri-siri bacaan Al Quran, rather than cerita-cerita kartun yang pelik.
  • Memasang bacaan Al Quran ketika di dalam kereta.
  • Tidak perlu untuk membeli tv di rumah, cukup hanya dengan laptop.

Suasana-suasana seperti ini, sangat penting untuk diwujudkan, memandangkan anak-anak akan mudah terpengaruh semasa usia awal mereka dengan persekitaran. Seperti contoh terpengaruh dengan lagu. Anak-anak kecil, sangat mudah untuk mengingat lagu. Tidak kira lagu apa sekalipun. Hal ini kerana, fikiran mereka masih lagi bersih. Sebarang unsur luar ibarat partikel halus dan mudah untuk meresapi pemikiran anak-anak.

Cukup dengan anda buka laman you tube dan lihat, berapa banyak video anak kecil menyanyi dan mengingati melodi ?

Justeru, tidak mustahil, jika anda dan isteri betul-betul concern dalam menjaga fasa awal pembinaan anak-anak ini daripada terdedah daripada anasir-anasir luar yang merbahaya.

Tips dia, wujudkan aktiviti bersama AL Quran yang menyeronokkan. Tanpa ada adegan tengking menengking, adegan paksa memaksa. Santai, tetapi berkesan. Supaya anak-anak ini akan mempunyai mentaliti cintakan Al Quran apabila besar nanti.

Juga, jika boleh, para isteri, anda sendiri yang mengajarkan anak-anak membaca Al Quran di rumah. Elakkan daripada orang lain (esp bibik) yang mengasuh anak-anak anda. Jika perlu berhenti bekerja, berhenti. Jika masih terikat dengan kontrak sebagai contoh, ataupun anda ada tanggungjawab yang lebih besar, pastikan anda berkorban , walau penat macam mana sekalipun, anda wajib ! berdamping dengan anak-anak dan membaca Al Quran bersama mereka.

Langkah ke empat (Fasa usia awal kanak-kanak 5-10 tahun)

Fasa ini adalah fasa perkembangan dan pembelajaran anak-anak. Fasa ini adalah sangat pantas. Kemahiran berbahasa, kemahiran membaca, haruslah diterapkan dengan betul semasa fasa ini. Juga, pemilihan sekolah. Iya ! Pemilihan sekolah sangat penting di sini. Tidak mengapa jika anda melabur lebih untuk memilih sekolah yang benar-benar bagus untuk anak anda.

Adalah satu kewajipan bagi si bapa untuk mencari nafkah bagi menyekolahkan anak-anaknya. Dan mencarikan seorang guru Al Quran yang benar-benar berkelayakan untuk mengajarkan anak anda.

Kenapa perlu guru ?

Syeikh Fahad Al Kandari berkata,

Semasa fasa ini, jika ibu dan ayah menjadi guru Al Quran utama anak-anak, maka ia akan mewujudkan suasana yang kurang sesuai untuk pembelajaran anak-anak.

Anak-anak akan banyak bermain dan kurang menghormati ayah dan ibunya. Ibunya juga akan kurang bersabar dan lebih banyak marah daripada mengajar.

Maka, lebih baik anda mencari seorang guru untuk mengajarkan anak anda Al Quran. Tugas anda di rumah adalah menyemak kembali bacaan anak-anak dan memantau perkembangan pelajaran mereka. Baik dari sudut emosi mahupun perkembangan fizikal. Biar anak-anak anda, mencintai dengan sebenar-benar kecintaan kepada Al Quran.

Point penting semasa fasa ini, adalah pengorbanan ayah dan ibu dalam mendidik anak-anak supaya mencintai Al Quran.

Dalam dokumentari yang saya tonton, ada dua situasi yang saya kira cukup-cukup tersentuh :

Pertama orang kaya/mampu :

Dia tidak segan silu untuk membayar 1000 dinar sebulan untuk membayar Syeikh yang mengajar anaknya Al Quran. Katanya, “jika kita sanggup membayar lebih, untuk guru tuisyen maths, english, dan sains, kenapa kita membayar sedikit untuk insan yang mengajarkan anak kita, kehidupan akhirat ? “

Screen Shot 2013-09-24 at 12.59.40 PM

Screen Shot 2013-09-24 at 1.00.33 PM

Screen Shot 2013-09-24 at 1.00.10 PM

Orang miskin :

Meskipun hidup dalam keadaan yang serba kekurangan, tetapi pak cik ini, sanggup mengendong anak lelakinya saban hari untuk ke kelas.

Dia tidak mampu untuk membayar syeikh untuk mengajar anaknya Al Quran (kerana faktor jarak), maka apa yang dia lakukan adalah meletakkan headphone di kepala anaknya dan memasang contoh-contoh bacaan Al Quran dari situ. Rumahnya juga ada buaian tempat anak kecilnya itu menghafal Al Quran. Mereka sangat miskin, tetapi mempunyai visi dan misi yang jelas dan pembinaan sebuah keluarga.

Screen Shot 2013-09-24 at 1.04.37 PM

Langkah ke lima (Fasa Remaja)

Fasa remaja, adalah fasa bagi ayah dan ibu lebih rapat dengan anak-anak. Dengan memantau siapa kawan-kawan mereka, dengan siapa mereka keluar. Kerap berborak-borak santai dengan mereka. Kalau boleh, andalah kawan mereka, dan pada andalah tempat mereka mencurahkan luahan perasaan.

Anda menyokong mereka, dan menjadi tulang belakang bagi mereka bergerak. Untuk memantapkan lagi hafalan, anak-anak ini boleh diajar untuk menjadi imam tarawikh, ataupun menyertai banyak pertandingan. Bukan untuk nama, tetapi sebagai pendorong semangat, untuk mereka memantapkan lagi hafalan dan bacaan.

InshaAllah, anak anda akan menjadi pemuda-pemudi Al Quran yang unik serta hebat satu hari nanti.

Wallahualam.

p/s : sedikit perkongsian daripada si bujang daif, tetapi bercita-cita besar untuk keluarga dan generasinya.

p/s : anda boleh menonton siri yang mengugah jiwa ini di sini. (http://www.youtube.com/user/hagirelhadari/videos)

Asyraf Farique

 
Artikel Yang Berkaitan :

Mahukan Artikel Seperti Ini Lagi? Sila Isi Form Dibawah

Loading Facebook Comments ...

2 COMMENTS

  1. Bleh cdgkan software2 ipad n computer yg berunsur alquran yg kt bleh simpan dlm hp utk anak2 tgk bila2 masa…

Leave a Reply