Tentang Krisis Qatar, Kita Bersama Ikhwan Muslimin Dan Hamas – Prof Nazari Ismail

0
254
views

4000

Kami mengambil maklum keputusan oleh beberapa negara di rantau Teluk, serta beberapa negara lain termasuk Mesir dan Maldives untuk memutuskan hubungan diplomatik dengan Qatar yang telah menimbulkan berbagai kesukaran dan kesulitan kepada kerajaan Qatar serta rakyatnya.

Kami mengambil maklum kenyataan Menteri Luar Saudi Arabia bahawa sebab utama langkah itu diambil adalah kerana sokongan Qatar kepada gerakan Ikhwanul Muslimin dan Hamas.

Kami menegaskan bahawa Qatar telah tidak melakukan apa-apa jenayah atau kesalahan dengan sokongan tersebut.

Semua orang Islam yang waras mengetahui bahawa gerakan Ikhwanul Muslimin adalah gerakan dakwah Islam yang moderat yang tidak menyokong apa-apa bentuk keganasan.

Mereka adalah satu-satunya gerakan Islam yang pro-demokrasi yang sangat peka dengan kebajikan rakyat terutama sekali yang miskin dan melarat.

ikhwanul-muslimin

Hamas pula adalah satu-satunya pertubuhan yang tegas dalam perjuangan menentang kezaliman rejim Zionis Israel.

Mereka juga adalah pertubuhan politik Palestin yang telah terbukti paling popular di kalangan rakyat Palestin kerana ikhlas berjuang untuk membebaskan bumi Palestin dari cengkaman zalim Israel.

Hamas terbukti tidak akan tunduk kepada kehendak Israel dan sebab itulah Amerika Syarikat, EU dan Israel melabelkan mereka gerakan pengganas.

Kami menegaskan bahawa Israel adalah negara yang paling gembira dengan keputusan zalim terhadap Qatar. Bahkan Avigdor Lieberman, Menteri Pertahanan Israel, telah dilaporkan memuji langkah-langkah terhadap Qatar ini dengan berkata:

“Tidak ada keraguan bahawa ini langkah ini membuka sangat banyak kemungkinan kerjasama dalam perjuangan menentang keganasan”.

Oleh itu kami menyeru negara-negara di atas untuk menimbang semula keputusan mereka untuk memutuskan hubungan diplomatik dengan Qatar yang akan mengakibatkan kerugian kepada semua pihak. Hanya sebuah negara yang mendapat manfaat dari langkah ini iaitu Israel.

Kami menyeru Qatar supaya terus bersikap sabar dan rasional dalam menghadapi tindakan yang zalim terhadap mereka. InshaAllah tindakan tersebut akan terbukti gagal dalam jangka panjang.

Kami memuji tindakan kerajaan Malaysia yang terus menunjukan sikap solidariti terhadap Qatar dan rakyatnya, dan tidak mengendahkan sebarang cadangan atau tekanan untuk memutuskan hubungan diplomatik dengan Qatar.

Kami juga memuji sikap kerajaan Malaysia yang menunjukan sikap positif terhadap gerakan Ikhwanul Muslimun dan Hamas.

Semoga Allah memelihara Malaysia dan Qatar supaya terus berada dalam keadaan aman dan damai dan semoga Allah memberkati usaha-usaha murni gerakan Ikhwanul Muslimin dan Hamas.

Prof. Mohd Nazari Ismail, PhD.
Head,
Palestine Research Group
University of Malaya
50603 Kuala Lumpur

Mahukan Artikel Seperti Ini Lagi? Sila Isi Form Dibawah

mm
Website yang menumpukan bahan bacaan islamik bagi yang memerlukan untuk pengisian rohani mereka. Jangan lupa like FB dan follow Twitter untuk dapatkan makluman artikel terbaru daripada kami.
Loading Facebook Comments ...

Leave a Reply