12 Tips Halaqah Muntijah Untuk Para Murabbi

0
194
views

surah jumuah ayat 2

Dia lah yang telah mengutuskan dalam kalangan orang-orang (Arab) yang Ummiyyin, seorang Rasul (Nabi Muhammad s.a.w) dari bangsa mereka sendiri, yang membacakan kepada mereka ayat-ayat Allah (yang membuktikan keesaan Allah dan kekuasaanNya), dan membersihkan mereka (dari iktiqad yang sesat), serta mengajarkan mereka Kitab Allah (Al-Quran) dan Hikmah (pengetahuan yang mendalam mengenai hukum-hukum syarak). Dan sesungguhnya mereka sebelum (kedatangan Nabi Muhammad) itu adalah dalam kesesatan yang nyata. (Al-Jumu’ah 62:2)

Manusia selalu berada di kesesatan. Oleh kerana itu Rasulullah diutuskan dalam kalangan masyarakat manusia bagi menunjukkan kebenaran dan memberikan inzar. Iaitu peringatan dengan kasih sayang untuk menyelamatkan golongan manusia daripada azab neraka yang pedih.

Ayat di atas menunjukkan tugas seorang penyuluh kebenaran, iaitu membacakan Al-Quran, menyucikan jiwa dan mengajarkan Al-Quran dan hikmah.

Kita beriman bahawa Nabi Muhammad adalah utusan Allah yang terakhir, maka tiada lagi rasul selepasnya. Lantas, bagaimana kita ingin menjaga hati agar tidak layu?

Nah, di sini munculnya halaqah-halaqah usrah yang semakin mendapat tempat dalam kalangan masyarakat kita. Saban minggu kita menghadiri halaqah usrah sebagai bateri untuk charge semula keimanan di dada.

Antara tujuan halaqah:

  • Mencapai muwashafat tarbiah
  • Membina dan membentuk murabbi baru
  • Mengembang potensi mutarabbi untuk dakwah

Persoalannya, sejauh manakah halaqah kita memberikan kesan yang memberangsangkan?
Adakah halaqah yang disertai itu muntijah ( efektif)?
Adakah halaqah mingguan sentiasa dinanti-nantikan oleh mutarabbi?

Halaqah muntijah adalah halaqah yang memiliki 2 kriteria; iaitu halaqah berjalan dengan menggairahkan (tidak menjemukan) dan mencapai tujuan halaqah.

Halaqah muntijah dinilai melalui:

  1. Kepuasan beraktiviti (job satisfaction), seluruh peserta halaqah menikmati halaqah itu.
  2. Kehadiran yang konsisten.
  3. Semangat yang tinggi.
  4. Tujuan cepat dicapai.
  5. Meningkatkan pengembangan potensi mutarabbi.
  6. Terhindar kemaksiatan karena kegairahan halaqah membawa kegairahan beribadah.
  7. Konflik/masalah kehidupan dianggap remeh kerana ada Allah di sisi.
  8. Merasai manisnya ukhuwah.

Sejujurnya, saya bukanlah orang yang selayaknya memberikan tips halaqah muntijah, tetapi sedikit sebanyak ilmu dan pengalaman yang saya ada, kita berkongsi manfaat bersama =)

Pesanan Buat MURABBI

prepare usrah awal
kredit

#1 Jangan prepare last minit

Kesilapan besar seorang murabbi adalah kurang persiapan. Sepatutnya, pertemuan halaqah merupakan salah satu acara yang dinanti-nanti oleh murabbi untuk bertemu mutarabbi mereka. Seperti sang ibu yang sentiasa ternanti-nanti ketibaan anaknya pulang ke kampung. Sang ibu akan bersemangat ke pasar demi menyiapkan makanan kegemaran sang anak.

Tidakkah kita sebagai murabbi sepatutnya bersemangat mempersiapkan diri dan bahan-bahan untuk dipersembahkan kepada mutarabbi?
Apabila prepare last minit, maka pengisiannya pun tak mantap dan sambil-sambil sahaja!

#2 Sediakan perancangan halaqah seterusnya, sejurus selepas tamat liqa minggu ini

Bagi mengelakkan persediaan last minit, saya menyarankan setiap murabbi merancang perjalanan halaqah minggu berikutnya sejurus setelah selesai halaqah minggu ini. Sementara mood dan semangat tengah melonjak, maka manfaatkan sebaiknya peluang ini!

membina semangat baru
kredit

#3 Minta semua mutarabbi bersiap sedia!

Jika persediaan telah dirancang awal, murabbi boleh memberitahu tajuk/perancangan itu kepada mutarabbi. Supaya mereka boleh sama-sama mencari serba sedikit info mengenainya, atau bersiap sedia membaca buku yang akan dibentangkan. Oleh itu, perbincangan akan menjadi lebih kencang dengan percambahan idea bersama mutarabbi.

#4 Sebaiknya ada 1 tema yang diketengahkan

Saya tidak pasti adakah konsep ini relevan untuk setiap halaqah. Tetapi, jika anda mempunyai tema-tema yang ingin dibentangkan, tonjolkan tema itu di dalam setiap perbincangan/ agenda.

Contohnya ingin bercerita tentang infa’. Mulakan halaqah dengan tilawah dan tadabbur ayat berkaitan infa’. Kemudian bentangkan pengisian berkaitan infa’. Selitkan kisah-kisah infa’ para sahabat yang mengagumkan, buat apa-apa aktiviti/games yang berkaitan dengan infa’ dan tutup usrah dengan satu resolusi yang disepakati untuk sama-sama mengamalkan infa itu.

Pada halaqah minggu berikutnya, check sama ada mutarabbi mengamalkan infa’ seperti yang disepakati atau tidak.

qiamulail berdoa kepada Allah
kredit

#5 Jaga kekuatan rohani: Qiamullail pada hari halaqah

Pesan seorang murabbi saya, apabila ingin membuat halaqah, pastikan si naqib/ah bangun qiamullail pada pagi hari. Kerana kita meminta kepada si pemegang hati, agar penyampaian kita nanti akan terbit dari hati dan sampai kepada hati.

#6 Jaga kecergasan badan : No problem to take a nap for a while!

Tidak salah jika anda ingin tidur sebentar sebelum halaqah bermula. Bagi merehatkan diri agar lebih bertenaga ketika halaqah berlangsung.

murahkan senyuman kepada semua
kredit

#7 Jaga keceriaan halaqah: Ignore masalah kita, senyum jangan kata apa-apa =)

Mulakan halaqah dengan wajah yang ceria. Jangan masam dan marah-marah. Lupakan nervous anda. Cipta suasana halaqah yang santai dan menyenangkan, tetapi serius agar mutarabbi berani menyampaikan idea-idea mereka.

#8 Galakkan respon mutarabbi dan banyakkan berdiskusi

Yang sebaiknya, bukan semua pengisian disampai oleh murabbi seorang. Jika anda melihat mutarabbi anda sudah boleh diberikan tugasan, mulakan dengan meminta mereka menyampaikan tazkirah dan isu semasa.

Dengan memberikan kesempatan mutarabbi menyampaikan sesuatu, kita boleh memberikan mereka ruang untuk menyumbangkan pemikiran mereka di samping melatih sikap berdikari dan bertanggungjawab. Anda jangan khautir mereka salah atau gagal. Kerana kegagalan itu yang akan membina mereka untuk memperbaiki diri pada tugasan akan datang.

Hargai kritikan dan nasihat daripada mutarabbi dan tidak melulu membuat komen terhadap pendapat-pendapat mereka.

Tetapi, jangan pula anda menyerahkan semua tugasan kepada mereka!

Yang sebaiknya, bahan fikrah disampaikan oleh murabbi. Mutarabbi hanya present bahan sampingan.

#9 Jangan terlalu lama! Manusia punya limit masa

Memang seronok jika dapat menghabiskan masa berdiskusi di dalam halaqah bersama mutarabbi tercinta. Namun, masing-masing juga punya perkara yang harus diselesaikan. Lebih-lebih lagi jika membuat halaqah pada waktu malam, pastikan keselamatan wanita tidak terabai.

Sedari bahawa setiap saat mereka adalah amanah. Jika anda melihat mereka sudah gelisah dan melihat-lihat jam di tangan, cuba untuk memendekkan penyampaian.

Secara tidak langsung, ini juga akan melatih murabbi untuk menyampaikan sebarang pengisian secara berfokus, dengan tepat dan padat. Tidak meleweh-leweh isi perbincangannya.

#10 Variasikan cara penyampaian. Halaqah bukan tempat membaca kitab kuning!

Untuk menjadikan halaqah mingguan sesuatu yang dinanti-nanti, pelbagaikan cara penyampaian anda. Variasikan dengan games, pembentangan power point, menggunakan papan tulis, pembentangan video, aktiviti berkumpulan dan sebagainya.

#11 Tukar suasana halaqah

Idealnya tempat halaqah berpindah-pindah dari satu rumah ke rumah yang lain. Namun ia bergantung kepada kesesuaian murabbi dan mutarabbi. Selain untu mengelakkan suasana boring dan rutin, penukaran tempat halaqah ini bermanfaat untuk mengenal lebih jauh karakter mutarabbi. Anda juga dapat mengenali keluarga dan kondisi rumah mutarabbi.

perbincangan didalam usrah
kredit

#12 Perlu ada agenda perbincangan dakwah di dalam haqalah

Jika mutarabbi anda adalah seorang yang aktif di medan, sebagai murabbi anda perlu update dan memantau mereka. Bertanya khabar jika mereka mempunyai sebarang masalah untuk dibincangkan. Kerana, kadang kala mutarbbi segan untuk menganggu murabbi yang sibuk, lalu mereka pendamkan sahaja sebarang masalah yang timbul.

Sebagai murabbi yang prihatin, anda perlu menawarkan pandangan dan masa anda untuk bersembang ( qadaya) bersama mereka.
Qadaya (perbincangan agenda dakwah) ini merupakan sesuatu yang selalu dipandang enteng oleh murabbi.

Kesimpulannya,
Jangan down jika mutarabbi anda tidak ‘menjadi’, kerana yakinlah bahawa mutarabbi adalah anugerah dan tarbiah terbaik daripada Allah. Bersyukur kerana anda dipilih olehNya untuk menggalas tanggungjawab sebagai murabbi.

Mari kita beribadah dengan SMART!

Iaitu melalui mutarabbi kita, setiap pahala amal soleh yang dilakukannya, akan terkena tempiasnya kepada kita.

Senyum dan hargailah mutarabbi anda! =)

Pastikan halaqah anda FUN, FRESH DAN FOCUS!

Penulis : Musyirah Hanan Zulkarnain
Artikel Yang Berkaitan :

Mahukan Artikel Seperti Ini Lagi? Sila Isi Form Dibawah

mm
Website yang menumpukan bahan bacaan islamik bagi yang memerlukan untuk pengisian rohani mereka. Jangan lupa like FB dan follow Twitter untuk dapatkan makluman artikel terbaru daripada kami.
Loading Facebook Comments ...

Leave a Reply