7 Tips Membaca Buku Dengan Cepat Dan Efektif

1
1048
views
tips membaca buku dengan cepat dan efektif
kredit

Kemampuan untuk membaca buku dengan cepat memberikan kita beberapa manfaat. Antaranya ialah

  • Anda boleh membaca lebih banyak buku
  • Anda ada masa yang lebih untuk membuat perkara lain

Kemahiran membaca buku dengan pantas merupakan kemahiran yang semua orang boleh praktikkan. Cuma ianya memerlukan latihan yang berulang kali. Kami kongsikan sedikit tips membaca buku dengan cepat dan efektif.

Tips Membaca Buku Dengan Cepat Dan Efektif

#1 Jangan Membaca Pada Diri Anda Sendiri

Kebiasaan bagi kita apabila membaca kita akan baca buku tersebut pada diri kita dengan suara yang dapat kita dengari dengan telinga kita. Perkara ini sebenarnya melambatkan proses pembacaan anda. Cuba buang perkara ini dan anda akan dapati anda dapat membaca lebih laju.

#2 Jangan Membaca Sepatah-Sepatah

Antara tips membaca buku dengan cepat adalah anda perlu untuk membaca 3-4 perkataan dalam satu masa. Caranya adalah anda perlu menjarakkan sedikit buku tersebut dengan diri anda supaya anda dapat melihat lebih banyak perkataan. Apabila anda sudah biasa tingkatkan lagi bilangan patah perkataan kepada 5-6 pula.

#3 Jangan Baca Semula

Menjadi kebiasaan untuk kita baca semula apa yang kita dah baca untuk memastikan kita memahami apa yang dah dibaca. Sebenarnya anda telah pun memahami apa yang dah dibaca cuma ianya menjadi habit bagi kita untuk sentiasa patah balik semula ke belakang. Apabila anda tinggalkan perkara ini anda dapat menjimatkan lebih banyak masa.

gunakan jari untuk membaca buku dengan cepat
kredit

#4 Gunakan Jari Anda

Ini untuk membantu mengawal kelajuan mata anda membaca dan untuk mengekalkan anda dalam keadaan fokus. Mula dengan kadar yang biasa dahulu apabila sudah biasa lajukan pergerakan jari anda supaya anda dapat membaca lebih cepat.

#5 Pilih Suasana Yang Sesuai

Pastikan keadaan tempat anda membaca mempunyai cahaya yang cukup terang untuk keselesaan membaca. Dan pastikan juga anda terhindar daripada sebarang gangguan bunyi supaya konsentrasi anda tidak terganggu.

rehat sebentar daripada membaca buku
kredit

#6 Ambil Masa Untuk Berehat Sebentar

Pembacaan yang laju sememangnya memerlukan konsentrasi yang sangat tinggi dan kebiasaannya anda tidak mampu untuk fokus lebih dari 20-30 minit. Jadi selangkan masa pembacaan anda dengan rehat sebentar 5-10 minit untuk menyegarkan semula minda dan fokus anda.

#7 Latihan Yang Berterusan

Teruskan berlatih untuk membaca lebih cepat setiap hari. Sentiasa push diri anda untuk keluar daripada keadaan yang selesa. Orang yang pergi ke gym tidak mampu membina six pack tanpa latihan yang berterusan.

Apabila anda sudah memiliki kemahiran ini anda akan jimat lebih banyak masa anda dan lebih banyak buku yang anda boleh baca. Sekian itu sahaja perkongsian ringkas kami tentang tips membaca buku dengan cepat dan efektif.

Sekiranya anda ada penambah baikkan sila sudikan diri untuk komen pada ruangan dibawah.

Mahukan Artikel Seperti Ini Lagi? Sila Isi Form Dibawah

Loading Facebook Comments ...

1 COMMENT

Leave a Reply