Trump Sebagai Presiden Baharu Amerika, Apakah Impaknya? – Muharikah

0
703
views

us-election-2016-results-560324

Keputusan kemenangan Donald Trump didalam pilihanraya Presiden Amerika Syarikat ke 45 semalam mendapat reaksi yang pelbagai.

Walaupun undi awal di media secara awalnya menunjukkan kemenangan Hillary Clinton, namun Trump telah mengubah persepsi masyarakat dunia akan bagaimana suasana politik mampu berubah keputusannya. Sama ada dunia menerima dengan gembira atau tidak, itu bukan persoalannya. Trump sudah berkuasa, dan apa yang bakal berlaku pada dunia masih menjadi tanda tanya.

Donald Trump sangat terbuka dan vocal di dalam kempennya, ini menjadikan kenyataan beliau yang berbentuk rasis dan anti Islamik menjadi amat ditakuti. Sikapnya yang tidak mampu diduga itu menimbulkan kerisauan di kalangan ramai Muslim terutama di Amerika Syarikat. .

Apakah kesan pemilihan Trump ini kepada Muslim secara umumnya?

Dalam siri ceramah kempen pilihanraya beliau, Trump dilihat sebagai pro-perkauman, anti-immigran dan anti-Islamis. Tidak banyak polisinya akan berubah melainkan kepada isu yang lebih kepada anti-islamis.

Antara impak penting yang harus kita ketahui jika Trump melaksanakan polisi yang beliau kempenkan adalah:

1) Kewujudan kad ID khas untuk setiap Muslim di Amerika.

2) Menghadkan jumlah orang Muslim untuk datang ke Amerika

3) Mewujudkan hubungan yang lebih rapat dengan Israel

4) Bersikap autokratik di dalam isu Timur tengah, terutama bersetuju dalam perihal kedudukan Rusia di Syria dan Iraq. Menggunakan strategi itu beliau mahu untuk menghancurkan ISIS secepat mungkin.

5) Kebebasan untuk orang Muslim bersuara akan lebih tersekat melalui politik.

Perlu diketahui juga bahawa  polisi beliau dengan Clinton tidak jauh bezanya. Ini menunjukkan bahawa siapapun Presiden Amerika yang dipilih, tidak ada yang benar-benar berpihak kepada Islam, Cuma intesiti impak mungkin sahaja berbeza.

_92347612_trumpacceptancegetty

Trump dikenali sebagai orang yang kasar, kurang sopan, serta gelojoh. Percakapan beliau sendiri dilihat kurang berkarismatik dan berisi. Walaupun beliau menang, separuh dari rakyat Amerika masih tidak bersetuju dengan cara serta tindakan beliau.

Ada yang menganalisa bahawa sudah tibanya masa kejatuhan bangsa Amerika, dan bergantilah dengan kepimpinan dunia di China, ini juga satu kemungkinan.

Bagaimana pula dengan orang Islam? Adakah terpilihnya Trump, maka akan makin hancurlah negara – negara Islam?

Kita harus sedar, kehancuran dan perpecahan di kalangan negara Islam telah berlaku lama sebelum pemerintahan Trump. Adakah negara Islam akan lebih berwaspada? Adakah ada usaha penyatuan yang lebih utuh di kalangan umat Islam?

Kemenangan Trump member ufuk pandang yang baru bagi kita:

  • Media mampu membantu di dalam pilihanraya tetapi tidak mnggambarkan keputusan pilihanraya yang sebenar.
  • Analisa berterusan harus dilakukan bagi mengetahui polisi Trump dan parti Republikan
  • Usaha advokasi bagi mempertahankan Muslim dan negara-negara Islam harus berterusan dilakukan
  • Umat Islam harus bersatu dari sudut usaha pembinaan diri dan sosioekonomi negara Islam. Seterusnya mengukuhkan ukhuwah persaudaraan sesame kita.

Kesimpulannya, pemilihan Trump sebagai presiden Amerika, tentu memberikan lanskap baru untuk diperhatikan bagi ramai penonton di dunia. Moga impaknya memberi kesan yang positif bagi dunia Islam.

 

 

Muharikah

 

 

Loading Facebook Comments ...

Leave a Reply