Tuhan Membalut HadiahNya – Ust Pahrol Juoi

0
2701
views

Manusia jika ingin memberi hadiah,pasti akan membalutnya dengan pembungkus hadiah yang cantik, bereben dan sebagainya.

Hadiah yang berharga tidak akan diberi tanpa berbalut.

Begitu juga Allah apabila ingin memberi hadiahNya.

Allah juga membalut anugerah-Nya yakni dengan sesuatu yang dipanggil kepahitan, kesedihan dan kegagalan.

Kadang-kadang Allah tidak memberi sesuatu yang diminta, namun Allah memberi sesuatu yang lebih bernilai daripada itu.

Tetapi itu tidak ketara kerana Tuhan ‘membalut’ anugerahNya.

Namun yakinlah Allah akan beri itu lebih bernilai berbeza dengan apa yang kita inginkan.

Inilah yang akan menyebabkan hati kita menjadi tenang.

Ya, pembalut hadiah kita semestinya lebih murah daripada hadiah di dalamnya. Sama juga hadiah dan anugerah yang Allah ingin berikan.

Biasanya hadiah jauh lebih mahal dan bernilai jika dibandingkan dengan “pembalutnya”.

Justeru, bersabarlah sebentar ketika membuka hadiah untuk mengetahui isi dalamnya seterusnya menikmati hadiah itu.

Begitulah, marilah bersabar sebentar menerima kepahitan dan kegagalan semata-mata untuk menikmati anugerah yang masih menjadi rahsia.

Tetapi pastilah lebih indah dan bernilai berbanding apa yang kita sangkakan.

 

Mahukan Artikel Seperti Ini Lagi? Sila Isi Form Dibawah

mm
Website yang menumpukan bahan bacaan islamik bagi yang memerlukan untuk pengisian rohani mereka. Jangan lupa like FB dan follow Twitter untuk dapatkan makluman artikel terbaru daripada kami.
Loading Facebook Comments ...

Leave a Reply