Tuhan Tidak Pernah Tersilap Mengutus Takdir – Budak Tomato

0
244
views

seputar-hidup-dan-takdir-tuhan

Tuhan tak pernah tersilap dalam menyusun takdir.

Ada masa-masa kita rasa hidup ini serba takkena. Ujian bertimpa-timpa.

Ada masa-masa kita rasa Tuhan seolah-olah sengaja melupakan kita.

Ada masa-masa, kita rasa kita tak lagi punya masa untuk bahagia. 

Sungguh, Tuhan takpernah tersilap dalam menyusun takdir.

BukanTuhan tak mendengar luahan-luahan kita. Bukan  Tuhan sengaja mengabaikan doa-doa yang kita panjatkan. Bukan sengaja Tuhan meletakkan kesusahan dalam kehidupan kita seharian.

Tapi sebab Tuhan tahu kemampuan kita. Tuhan tahu kekuatan kita.

Tuhan tahu sejauh mana kita mampu pergi, seberat mana kita mampu pikul. Dan Tuhan tahu, betapa yang berjalan atas titian takdir ini tidak lain, melainkan yakin bahawa Allah tak akan pernah meninggalkan kita sendirian.

Benar, ada masa kita rasa terbeban. Ada masa kita mula mempertikaikan,

“Kenapa cuma aku? Kenapa bukan mereka?”

Tapi sikit sekali kita tahu, bahawa jawapannya ada dalam lembaran-lembaran muka surat perjalanan takdir yang telah Allah susunkan.

Kadang jawapannya kita tak dapat dalam masa sehari dua. Kadang jawapannya kita taknampak dalam masa setahun dua. Kadang kita masih tercari-cari walau sudah tempuhi hidup hampir sedekad dua.

artikel-mengurai-kebaikan-dalam-takdir-allah-232-l

Andai kau terlupa, atau mungkin belum pernah percaya, bahawa Tuhan itu berada di dalam sangkaan hamba-Nya. Yakinlah, bahawa tuhan tak zalim.

Hatta maksud adil itu sendiri, adalah meletakkan sesuatu pada tempatnya. Bukan meletakkan semuanya sama rata.

Oleh itu kita kena yakin, tatkala melihat manusia lain diuji dengan cara berbeza, dan dikurniakan nikmat dengan bentuk yang berbeza, sebenarnya Allah sedang meletakkan sesuatu pada tempatnya.

Dan itu sama sekali bukan tempat kita. Kerana itu kita tidak diberi dengan pemberian yang sama.

Percayalah, Tuhan tak pernah tersilap dalam menentukan takdir kita.

Mahukan Artikel Seperti Ini Lagi? Sila Isi Form Dibawah

mm
Website yang menumpukan bahan bacaan islamik bagi yang memerlukan untuk pengisian rohani mereka. Jangan lupa like FB dan follow Twitter untuk dapatkan makluman artikel terbaru daripada kami.
Loading Facebook Comments ...

Leave a Reply