Ujian Itu Satu Musibah Atau Rahmat?

0
174
views

131008155509-namib-desert-dead-tree-horizontal-gallery

Setiap manusia yang berakal, tidak akan pernah terlepas dari ujian demi ujian sehinggalah ke nafas yang terakhir. Kerana itulah sunnatulah. Ujian itu sama ada menjadikan kita lebih kuat, atau terus ‘membunuh’ kita.

Ironinya, kita sering melihat apabila kita diuji dengan sesuatu itu, kita terus berprasangka buruk kepada Allah, yang Allah tidak suka atau membenci kita. Sebab itu diuji sedemikian.

Ketika Allah s.w.t menguji kita dengan satu ujian, sekiranya kita mengambil manfaat dan pengajaran yang baik daripadanya maka ujian itu adalah untuk kebaikan kita.

Terdapat satu athar tentang perkara ini, bahawasanya Allah telah berfirman;

فإن تابوا فأنا حبيبهم, وإن لم يتوبوا فأنا طبيبهم,أبتليهم بالمصائب:لأطهرهم من المعايب

Sekiranya mereka bertaubat, maka aku adalah kekasih mereka, dan sekiranya mereka belum bertaubat, maka aku adalah perawat bagi mereka. Aku menguji mereka dengan musibah-musibah untuk menyucikan mereka dari dosa. (Majmu’ul Fatawa, Ibn Taimiyah-86/10)

Allah juga berfirman,

وَلَنَبْلُوَنَّكُمْ بِشَيْءٍ مِّنَ الْخَوفْ وَالْجُوعِ وَنَقْصٍ مِّنَ الأَمَوَالِ وَالأنفُسِ وَالثَّمَرَاتِ وَبَشِّرِ الصَّابِرِين

Dan sungguh akan Kami berikan cobaan kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar, (QS. 2:155)

Kadangkala seseorang hamba itu meminta rahmat daripada Allah dari ujian yang sedang dilalui, tanpa dia ketahui bahawa Allah menjadikan ujian itu adalah rahmat baginya.

Mahukan Artikel Seperti Ini Lagi? Sila Isi Form Dibawah

mm
Website yang menumpukan bahan bacaan islamik bagi yang memerlukan untuk pengisian rohani mereka. Jangan lupa like FB dan follow Twitter untuk dapatkan makluman artikel terbaru daripada kami.
Loading Facebook Comments ...

Leave a Reply