Ukhti, Belajarlah Daripada Kisah Asma Binti Yazid

0
983
views
asma binti yazid
kredit

Asma binti Yazid merupakan seorang sahabiyah Ansar dari Suku Aus, kabilah Bani Abdul Asyhal. Dia merupakan anak saudara Muadz bin Jabal, putri dari saudara sepupunya, Yazid bin Sakan.

Ketika berbaiat memeluk Islam Asma memakai dua gelang emas yang cukup besar. Nabi SAW bersabda kepadanya,

“Wahai Asma, lemparkanlah kedua gelang itu! Tidakkah engkau takut jika Allah akan memakaikan dua gelang api neraka di tanganmu?”

Asma segera melepaskan keduanya, dan menyerahkan kepada Nabi SAW untuk digunakan di jalan Allah.

Asma binti Yazid Al Ansari RA pernah berjumpa Nabi SAW untuk membawa keluhan kaum muslimah berkaitan dengan amalan harian mereka.

Mereka merasakan bahawa kesibukan mereka mengurus anak dan suami serta tugas-tugas rumah tangga lainnya nilai pahalanya begitu kecil berbanding dengan amalan kaum lelaki seperti solat berjamaah, solat jumaat, mengiringi jenazah dan lain-lain, terutamanya jika dibandingkan dengan jihad fi sabilillah, berjuang menegakkan dan membela agama Allah.

Nabi SAW mendengar dengan teliti apa yang disampaikan oleh Asma, kemudian beliau berpaling kepada para sahabat, dan berkata,”Wahai sahabat-sahabatku, pernahkan engkau mendengar suatu pertanyaan yang lebih baik daripada pertanyaan wanita ini?”

“Wahai Rasulullah,” kata para sahabat, “Kami tidak menyangka seorang wanita boleh bertanya seperti itu!”

Nabi SAW berpaling lagi pada Asma dan bersabda,

”Katakanlah kepada wanita-wanita muslimah yang mengutusmu, bahawa jika mereka berbuat baik kepada suaminya dan selalu mentaatinya, melayaninya dengan baik dan selalu berusaha membuatkan mereka gembira, maka itu sangatlah berharga, dan mereka memperoleh pahala sama besarnya dengan pahala kaum lelaki.”

Mendengar penjelasan Nabi SAW, Asma begitu gembira dan segera kembali menemui mereka untuk mengkabarkan hal yang menggembirakan para wanita tersebut.

Asma dan beberapa wanita muslimah yang lain selalu ikut menyertai ke medan pertempuran, sudah tentu mereka berada di barisan belakang untuk memberikan minuman dan juga mengubati mereka yang terluka, termasuk juga memberikan semangat kepada para mujahidin.

Tetapi dalam perang Yarmuk zaman Khalifah Umar bin Khathab, Asma tidak dapat menahan sabar berada di barisan belakang. Melihatkan gelombang pasukan Romawi yang begitu besarnya, sehingga dia dibawa arus untuk turut serta menyerang mereka. Dia tidak mempunyai apa-apa sebagai senjata, maka ia mengambil salah satu tiang khemahnya dan mula menyerang musuh.

Dengan senjata itu dia berjaya membunuh sembilan orang tentera Romawi, walaupun dia juga memperolehi luka-luka yang parah pada tubuh badannya. Tetapi akhirnya luka tersebut sembuh dengan baiknya.

Sumber

Artikel Yang Berkaitan :

mm
Website yang menumpukan bahan bacaan islamik bagi yang memerlukan untuk pengisian rohani mereka. Jangan lupa like FB dan follow Twitter untuk dapatkan makluman artikel terbaru daripada kami.
Loading Facebook Comments ...

Leave a Reply