Ukhuwah bukan hanya versi tarbiyah

0
69
views

Ukhuwah bukan hanya versi tarbiyah

ukhuwahUkhuwah | Selalu terjadi, dalam sibuk kita berukhuwah dengan ikhwah dan akhawat satu perjuangan, kita selalu sibuk, dengan liqo’ mingguan, liqo’ adik-adik dan tak dikira pula dengan mabit, rehlah, daurah dan segala bentuk program tarbawi yang membina jiwa dan iman. Tapi selalu kita lupa, di luar lingkup jalinan ukhuwah kita bersama ikhwah dan akhawat, kita pernah mempunyai satu kehidupan dan ruang lingkup ukhuwah yang lain; sahabat-sahabat perjuangan di zaman persekolahan atau sahabat-sahabat sebelum kita mengenal apa itu tarbiyah. Sahabat yang dahulunya kita cari saban waktu, sahabat berkongsi duka dan sebagainya.

Dan bagaimana pula keadaannya bila kita sudah mendapat tarbiyah? Terjaga benarkah ukhuwah kita dengan mereka?

Sering terjadi kepada saya sendiri, yang mana waktu hujung minggu selalu sudah ditanda dengan pelbagai program bersama akhawat tersayang atau rancangan-rancangan ingin membina tautan hati bersama adik-adik.  Dan sering kali terpaksa saya membatalkan rancangan bersama sahabat-sahabat lain akibat pertembungan dengan program tarbawi. Dan saya sudah mula risau. Risau sahabat-sahabat saya merasa saya sudah meninggalkan mereka dan asyik sibuk dengan program tarbawi dan melupakan mereka atau sengaja mengelakkan diri daripada mereka kerana mereka bukanlah sahabat tarbiyah bersama *gulp,telan air liur*

Dan saya tersedar, sahabat-sahabat saya yang masih tidak mengenali tarbiyah, mereka ada hak untuk mendapat tarbiyah seperti saya juga. Dan sekiranya saya sering sibuk ingin membina tautan hati dengan adik-adik, mengenalkan mereka pada Islam yang benar, mengapa tidak pernah saya usahakan perkara yang sama dengan sahabat-sahabat lama, yang sudah lama terbina tautan hati bersama?

Terasa insaf seketika, kerana saya terlalu larut dengan ukhuwah versi tarbiyah yang saya sendiri ciptakan dan mengabaikan sahabat-sahabat lain, mengabaikan hak mereka. Sedangkan di dalam tarbiyah sendiri tidak pernah pula disentuh tentang mengutamakan sesama akhawat dan ikhwah sahaja dan melupakan sahabat-sahabat lain. Salah saya kerana terleka, membezakan di antara akhawat dan bukan. Semuanya adalah sahabat saya. Kerana ukhuwah dengan mereka semua saya jalin kerana Allah *mengalir air mata*

Sedari kekhilafan, saya mencuba sebaik mungkin menjaga hak kedua-duanya; hak tarbiyah dan hak ukhuwah. Hak tarbiyah masih diberi prioriti utama tanpa melupakan hak ukhuwah sahabat-sahabat tidak kira samada akhawat atau sahabat-sahabat lama. Dan semasa bersama sahabat lama, saya cuba sedaya mungkin, memastikan diri tamayyuz walaupun bersama mereka, agar nampak contoh baik dari diri saya, yang menunjukkan perbezaan setelah tarbiyah menyentuh hati.

Dan sentiasa saya mengingatkan diri supaya memberi hak yang sama kepada ahli keluarga yang masih belum menerima sentuhan tarbiyah. Mereka juga punya hak tarbiyah yang sama. Dan dalam sibuk berukhuwah, ukhuwah bersama akhawat juga perlu dijaga. Kadang-kadang sering terjadi, ukhuwah yang dahulunya manis dan erat kerana sering bertemu, berdaurah, bermabit, berehlah, berjaulah bersama renggang seketika setelah jarang bertemu mata. Dan disebabkan kita fikir ukhuwah sudah cukup erat, kita mudah sahaja tidak menjaga hati sahabat tarbiyah, kurang mengambil tahu dan sebagainya. Sedangkan kita sibuk mencanangkan pada adik-adik tentang Ukhuwah Fillah, Ukhuwah Ila Jannah, Ukhuwah Islamiah dan macam-macam lagi dan dalam waktu yang sama sering menyakiti hati sahabat tarbiyah (tak dikira lagi sahabat yang belum dapat tarbiyah yang diabaikan).

Muhasabah kembali, erti ukhuwah yang kita sering canang-canangkan. Haruslah kita memaknai ukhuwah kita dengan penuh ikhlas, iman dan dengan niat setulus-tulusnya kerana Allah. Jadi jomlah kita mewarnai ukhuwah, kerana Allah, bersama hingga ke Jannah J

“dan DIA (Allah) yang mempersatukan hati mereka (orang yang beriman). Walaupun kamu menginfakkan semua (kekayaan) yang berada di bumi, niscaya kamu tidak dapat mempersatukan hati mereka tetapi Allah telah mempersatukan hati mereka. Sungguh DIA Maha Perkasa, Maha Bijaksana.” Al-Anfal 8:63

“teman-teman karib pada hari itu saling bermusuhan satu sama lain, kecuali mereka yang bertaqwa.” Az-Zukhruf 43:67

 

Perantau Jordan,
Tahun 3 Ekonomi dan Perbankan Islam,
Universiti Yarmouk.

Mahukan Artikel Seperti Ini Lagi? Sila Isi Form Dibawah

mm
Website yang menumpukan bahan bacaan islamik bagi yang memerlukan untuk pengisian rohani mereka. Jangan lupa like FB dan follow Twitter untuk dapatkan makluman artikel terbaru daripada kami.
Loading Facebook Comments ...

Leave a Reply