Wahai Ikhwah Dan Akhawat, Berhentilah Menjadi Penganggur – Haifa Nasuha

0
2075
views

Ikhwah dan akhawat,

Nikmat mempunyai kefahaman Islam, peluang untuk beramal dengannya dan berada di atas jalan dakwah dan tarbiyah sememangnya merupakan satu nikmat besar yang telah Allah rezekikan kepada kita semua.

Istimewanya jalan dakwah dan tarbiyah ini ialah meski pun ianya kita klasifikasikan sebagai satu nikmat, namun kita tidak dapat lari daripada pelbagai ujian yang menduga kesahihan iman kita.

Usrah

Ada masanya kita begitu tegar dan bersemangat untuk dakwah dan tarbiyah. Dalam keadaan sesibuk mana pun kita, kita tetap terus komited menghadiri usrah, daurah dan pelbagai lagi wasail dakwah yang lain.

Kadang kala ada juga masanya hammasah (semangat) kita terhadap dakwah dan tarbiyah begitu lesu dan hambar. Terasa berat untuk melakukan amal jama’ie mahupun amal fardhi.

Mari kita renungkan seketika firman Allah dalam Surah An-Nahl ayat 91 yang bermaksud

“Dan tepatilah perjanjian dengan Allah apabila kamu berjanji..” 

Elemen terpenting yang wajib ada pada seorang da’ie ialah taqwa kerana dengan taqwalah kita akan sentiasa mengingati perjanjian kita terhadap Allah taala untuk terus berusaha memakmurkan muka bumi dengan cara mendidik penghuninya untuk hidup dengan Islam secara kaffah dan seterusnya mencapai ustaziatul alam.

Ustaziatul alam merupakan impian kita semua dan kita menyedari hakikat bahawa ia bukanlah sebuah impian kosong yang akan terjadi dengan sendirinya tanpa perlu diusahakan.

Impian agung ini perlu kita laksanakan modus operandinya dengan cara yang paling tersusun dan teliti kerana kebatilan juga sedang dirancang dengan penuh ketelitian.

indian-beggar-660x400

Tanpa kesungguhan dan usaha yang berterusan, mustahil untuk kita laksanakan usaha untuk merealisasikan impian agung ini.

Sebagai seorang da’ie, tidak wajar untuk kita merasai masa lapang dan rehat yang begitu panjang dan merasakan bahawa tiada kerja untuk dilakukan.

Tawarkan diri kepada ikhwah akhawat untuk berkhidmat melakukan apa sahaja tugasan yang boleh membantu untuk menggerakkan dakwah dan tarbiyah kerana meskipun secara teknikalnya kerja-kerja yang kita lakukan ini adalah untuk dakwah kita terhadap orang lain, namun sebenarnya kesannya berbalik kepada kita juga.

Tidak semestinya dengan menjadi muwajih (penyampai bahan daurah dll) dan menjadi murabbi sahaja baru dikira sebagai ‘bekerja’, menjadi AJK masakan dan runner sewaktu daurah juga sebenarnya ada impaknya terhadap kelangsungan dakwah dan tarbiyah kita, sekiranya kita benar-benar memahami.

Alangkah ruginya sekiranya kita berada di atas jalan dakwah dan tarbiyah ini namun apa yang kita ada hanyalah sekadar pemahaman dan input yang diperoleh dari wasail tarbiyah, tiada output dari segi amal; amal fardhi mahupun jama’ie.

Sebagaimana bersungguhnya seorang penganggur mencari pekerjaan untuk meneruskan kehidupan harian, begitu jugalah kita perlu bersungguh untuk tidak menjadi penganggur di jalan ini demi kelangsungan dakwah dan tarbiyah kita.

No-Job-2-copy

Sekiranya tiada peluang pekerjaan, kitalah yang perlu mencipta peluang pekerjaan sendiri. Begitu juga dengan dakwah dan tarbiyah, jangan ditunggu peluang untuk beramal, tetapi cari dan ciptalah peluang itu.

Manfaatkan segala logam yang kita ada untuk dimanfaatkan agar tidak berlaku ‘pembaziran logam’.

Ikhwah dan akhawat,

Mimpi ngeri seorang da’ie ialah apabila dakwah dan tarbiyah hanya menjadi sebuah kenangan yang hanya akan dikenang-kenang  suatu hari nanti sedangkan kita sangat mahukan hayat kita diakhiri dengan dengan syahadah yang sama seperti mana kita mula-mula memahami tuntutan syahadatul haq.

Semoga Allah memberikan kita kekuatan untuk terus tsabat dan sentiasa ikhlas di jalan ini hanya untuk mendapatkan keredhaanNya.

 

Mahukan Artikel Seperti Ini Lagi? Sila Isi Form Dibawah

mm
Website yang menumpukan bahan bacaan islamik bagi yang memerlukan untuk pengisian rohani mereka. Jangan lupa like FB dan follow Twitter untuk dapatkan makluman artikel terbaru daripada kami.
Loading Facebook Comments ...

Leave a Reply