Zaman Remaja Anda OSEM?

0
1,837
views

Zaman Remaja Anda OSEM?

Wah teruja dengan pemuda-pemuda ditepi?

Err sudah berfikir masak-masak untuk teruja dengan pemuda-pemuda ditepi dan di dalam gambar ini?

Ini adalah sebahagian koleksi idol-idol bukan  islam yang tak wajar untuk kita kagumi. Ayuh mantapkan diri dan lahirkan diri kita sebagai individu muslim yang hebat. Jangan segan-silu untuk gunakan masa muda remaja ini sebaik-baiknya.

Wake up !

Apakah kita tidak mahu kehebatan Sultan Muhamad al-Fateh dan Salahuddin al-Ayubi lahir dalam diri kita semua? Gemilangnya mereka membanggakan islam tika usia muda remaja; belasan-an dan duapuluh-an semuanya. Namun kita? Apa yang dibuat oleh kita tika usia muda remaja ini? Apakah kita tidak mahu mencontohi mereka yang diusia ini. Sila jawab dalam hati masing-masing.

Lihatlah Sultan Muhamad  al-Fateh, ketika berusia 21 tahun berjaya menawan Kota Konstantinopel yang kini dinamakan Istanbul (Islam keseluruhannya), terletak di sempadan antara benua Eropah dengan Asia. Tanggal 29 Mei 1453 bersamaan 20 jamadil awal 857 hijrah merupakan tarikh keramat kerana pada tarikh inilah Kota Konstantinopel berjaya ditawan. Kota Konstantinopel  yang mana ketika itu dikuasai oleh empayar Rom yang sangat, cukup dan teramat la kuat.

Wah tidak terujakan kah kita dengan individu yang diusia remaja-an berjaya menawan sebuah kota !  tapi kita di-usia remaja-an ni masih terkinja-kinja ke mall-mall, pavilion dan lain-lain lagi yang tumbuh bak cendawan lepas hujan ribut. Diapit-kepit pula oleh jejaka Idaman Malaya Lagi Hot atau gadis Idaman Malaya lagi Gebu cukup membuatkan kita berasa bangga.

Ketika berusia 17 tahun, usia yang mana kita sedang berhoyeah dengan rakan-rakan sebaya. Tetapi tidak bagi Salahuddin al-Ayubi, beliau mula berkhidmat dengan Nuruddin di Damsyik. Beliau adalah panglima tentera, pemimpin dan pentadbir negara yang sangat berbakat dan sangat popular ketika zaman perang salib. Sila terkejut kerana Baitulmaqdis yang ditawan oleh orang kristian selama lapanpuluhlapan berjaya ditawan oleh Salahuddin Al-ayubi. SubhanaAllah !. Kehidupan Salahuddin Al-ayubi pula sentiasa dimedan perang daripada duduk di istana bersama keluarganya.

Osem sungguh !

Inilah sebahagian koleksi tokoh-tokoh Islam yang wajar kita kagumi. Bila lagi individu-individu muslim hebat seperti mereka ini akan lahir? Dan bilakah kegemilangan islam akan berada di puncak kembali? Ayuh bangkit, selamat kegemilangan agama islam kita.

 ini-sejarah-kitaIni Sejarah Kita

Islam ditindas disana-sini; lihatlah Palestin, Muslim Rohingya dan Syria ditindas. Dan tidak mustahil suatu hari nanti Malaysia kita. Bangkitlah insan muda remaja. Adakah cukup dengan meng-infakkan duit sahaja untuk membantu mereka? Sudah berasa cukup membantu. Oh mari lah kita berfikir sejauh-jauh nya, yang tak mampu diukur. Ayuh sambil meng-infakkan duit dan segala kemewahan kita yang tak terhabis makan sepuluh keturunan itu kita cuba mantapkan diri kita sehingga menjadi individu muslim yang hebat! Ohh kalian sangat Osem.

Macam mana mahu memantapkan  diri menjadi individu muslim yang hebat ? Saya kagum dengan anda yang sudi memantapkan diri menjadi individu muslim yang hebat. Moga Allah berkahi anda, ayuh kita menelaah nya.

muwasofat-tarbiyah

Penulis : Miss Mujahidah

Leave a Reply