20 Tips Pengurusan Kewangan Peribadi

2
10978
views

Masalah pengurusan kewangan ini terjadi kepada mereka yang makan gaji ataupun yang bekerja sendiri. Tidak kisahlah berapa banyak pun anda punya pendapatan tetapi jika tidak diuruskan dengan baik memang sesak nafas sebelum sampai hujung bulan.

Bila dah tak cukup mulalah kita meminjam sana sini, berhutang sana sini untuk cukupkan keperluan kita. Dan yang paling tidak bagusnya bila kita mula berhutang dengan mereka yang tidak sepatutnya seperti skim pinjaman duit yang berasaskan riba/bunga.

Ok sebelum kita pergi kepada tips mengurus kewangan dengan baik kita lihat dulu apa kesilapan yang sering dilakukan semasa menguruskan wang.

pengurusan_kewangan_peribadi

Kongsikan Infographic Ini Di Website Anda, Copy & Paste Di HTML Post Anda

#1 Tidak tahu pendapatan bersih sebulan

Bagi mereka yang sudah lama mungkin benda ini dah settle, tapi kebiasaannya bagi orang muda yang baru bekerja bila dapat gaji je contohnya RM2,500 terus terbayang-bayang di kepala nak beli apa.

Rilek dulu, kita kena kenal berapa pendapatan bersih kita. Gaji kita itu tolak dulu dengan kos yang kita wajib kita selesaikan dulu contohnya

  • Kos minyak pergi balik kerja
  • Pinjaman kereta
  • Pinjaman rumah
  • Bayaran tol pergi balik kerja

Dan seterusnya, anda tambah sendiri mengikut apa yang sesuai dengan keperluan anda.

boros dalam perbelanjaan
kredit

#2 Belanja ikut nafsu

Ini benda biasa yang selalu terjadi. Kita bukan belanja ikut nafsu tapi kita belanja ikut keperluan.

Kadang-kadang orang bagi alasan “dah penat kerja sebulan kenalah bagi habuan sikit untuk diri sendiri”. Ok statement ini memang ada betulnya tapi masalah habuan tersebut bersifat ‘tambahan’ bukan yang ‘memerlukan’.

#3 Malas dan jahil

Nak tahu kenapa duit kita tak pernah cukup? Sebab kita pemalas! Malas nak merancang, bila tak merancang konfirm kita menempah kepada kegagalan.

Kalau kita tak ada ilmu spend masa sikit untuk belajar, ambil kursus mengurus kewangan atau minta nasihat dari orang tua.

Kalau pemalas sangat pergi buka youtube dan search “mengurus kewangan” banyak video yang anda boleh lihat dan belajar.

OK cukupla kita senaraikan 3 punca orang gagal dalam mengurus kewangan, sebenarnya banyak lagi boleh cari bacaan tambahan di google dan sebagainya.

Jadi sekarang kita move on pula kepada tips pengurusan kewangan. Perkongsian ini berdasarkan ilmu yang cetek dan banyak tanya orang je, kalau ada ada tips mengurus kewangan versi anda sendiri rajin-rajinkanlah share dibahagian comment ya =)

menyimpan untuk masa depan
kredit

#1 Simpan 10-15% daripada gaji bersih anda

Selepas anda tolak semua kos dan dah dapat gaji bersih, tolak lagi dari gaji bersih tersebut 10-15% untuk masuk dalam akaun simpanan.

#2 Buat akaun simpanan asing

Buat satu akaun khas untuk anda menyimpan sahaja dalam itu, akaun ini tak akan sesekali diusik kecuali ada hal kecemasan. Dan yang lebih baik anda buat akaun simpanan ini tanpa kad debit, maksudnya minta pada bank kita nak buku simpanan sahaja.

simpan resit untuk tujuan rekod
kredit

#3 Simpan resit

Tips ini saya dapat melalui seorang pakcik. Katanya jika kita simpan resit kita akan mudah trace semula kemana duit kita berbelanja sebab ada tarikh dan catatan banyak mana kita berbelanja pada waktu itu. Dan paling hebatnya pakcik ini simpan resit untuk 3 bulan yang lalu! (Warna tulisan pun dah tak berapa nampak)

#4 Belanja yang perlu sahaja, yang nafsu tolak jauh-jauh

Kenapa kita selalu sahaja tak cukup duit sehingga akhir bulan sebab kita belanja pada benda yang kemahuan bukan keperluan. Lebih teruk lagi jika kemahuan kita tu yang ‘short term’ seperti makan di restoran yang tersangat mahal makanannya.

elakkan makan diluar
kredit

#5 Elakkan makan diluar

Nak tahu tak yang kalau kita beli bahan mentah sendiri dan masak kita mampu jimat sehingga 30-40%. Jadi elakkan makan diluar kalau tiada keperluan yang mendesak. Air milo buat sendiri ambil air dan ais dalam peti sejuk dan bancuh kosnya mungkin tak sampai RM1 tapi kalau kat kedai sampai RM2.50!

#6 NO kad kredit!

Yang bahayanya bila kita guna kad kredit ini adalah kita rasa macam berduit, padahal yang sebenarnya kita berhutang dengan bank. Jadi elakkan buat kad kredit, kalau nak guna kad juga gunalah kad debit sahaja ya.

catit duit keluar masuk
kredit

#7 Catit duit keluar masuk

Ini perlukan komitmen yang sangat tinggi. Buat catatan harian setiap kali sebelum masuk tidur kemana duit kita telah dibelanjakan dari sekecil-kecil belanja hinggalah yang paling besar. Ini tujuan supaya bila akhir bulan nanti kita boleh jimat mana yang perlu.

#8 Jimat mana yang boleh

Sebagai contohnya jimatkan penggunaan elektrik,air dan yang lain mana yang perlu. Ini supaya tak adalah bil kita melambung tinggi sangat. Dan kalau boleh sekarang ini banyak pakej telekomunikasi yang menawarkan pakej yang jimat dan rendah. Limitkan bergayut lama-lama, guna apps yang percuma seperti whatsapp, telegram dan lain-lain.

#9 Letakkan sasaran penjimatan

Cara ini untuk meningkatkan motivasi kita menyimpan. Sebagai contoh kita letak sasaran selepas 3 bulan kita berjaya kumpul RM5000. Dan kita gunakan duit yang disimpan untuk manfaat yang berbaloi seperti membawa keluarga bercuti. Sebaiknya jangan habiskan terus simpanan tersebut, simpan untuk kegunaan masa depan.

langsaikan hutang anda dahulu
kredit

#10 Bayar hutang anda dahulu

Perkara paling utama adalah bayar hutang atau pinjaman yang kita ada dulu. Baru kita merancang kemana duit kita akan dibelanjakan. Kalau kita tak selesaikan hutang dulu, hutang ini akan makan diri kita nanti. Meranalah kita hidup dengan rumah kena lelong, kereta kena tarik. Selesaikan yang utama dahulu!

#11 Belanja ikut kemampuan kewangan kita

Kadang-kadang kita ni ada ‘wish list’ atau nama lain barang idaman. Tapi kita kena sedar kemampuan kewangan kita pada bulan itu macam mana. Jangan hanya kerana ‘wish list’ barang dapur tak cukup duit pula nanti.

menjana pendapatan pasif

#12 Melabur untuk menjana passive income

Bila kita dah sampai penghujung bulan dan ada duit lebih hasil penjimatan kita, laburlah pada mana-mana tempat untuk menjana pendapatan sampingan yang konsisten. Sebelum melabur pastikan kita ada ilmu dan jelas kemana duit itu akan dilaburkan.

Nasihat kami, laburkanlah pada perkara fizikal yang anda sendiri nampak. Contohnya melabur dalam bisnes kereta sewa, dan sekarang ini yang semakin terkenal adalah menjana duit melalui telco seperti Tone Excel dan Oneox.

 #13 Langgan takaful

Malang tidak berbau dan ujian dari tuhan tak tahu bila menimpa. Sediakan payung sebelum hujan dengan takaful. Kalau tiba-tiba ahli keluarga sakit kita kena spend duit untuk kos rawatan mereka, kalau kena pula dekat hospital swasta lagi la sakit nak bayarnya.

Kalau anda takaful insyallah mereka akan cover kos tersebut.

#14 Duduk di rumah ibubapa

Tips ini hanya sesuai untuk mereka yang masih belajar dan jarak antara rumah dan tempat belajar dekat. Jangan kita rasa kononnya nak berdikari atau mencari jati diri tapi tiap-tiap bulan minta duit belanja lebih.

Duduk di rumah ibubapa bil rumah sudah ditanggung, perbelanjaan makanan pula dah ditanggung. Sakitnya hidup di kolej atau universiti sebenarnya pada makanan. Soalan famous waktu belajar ni “lepas ni nak makan apa ya?”

merancang wang persaraan

#15 Menyimpan untuk persaraan

Waktu kita dah bersara kita dah tak ada kudrat sangat untuk buat kerja. Jadi penting kita menyimpan untuk persaraan atau merancang persaraan.

EPF/KWSP VS Skim Pencen merupakan satu soalan yang sentiasa berlegar dikepala jika kita nak bekerja nanti. Kami cadangkan kepada mereka yang nak dapat pencerahan tentang perkara ini baca artikel dibawah ini :

Skim Pencen VS Skim KWSP

#16 Gabung pendapatan

Tips pengurusan kewangan yang ini sesuai untuk mereka yang dah berkahwin. Tiada istilah ‘duit suami’ dan ‘duit isteri’. Kalau nak mengharapkan duit suami sahaja kemungkinan tak akan cukup. Kata waktu kahwin dah ikat janji setia untuk sama-sama melayari bahtera rumah tangga.

Jadi isteri bantu suami mana yang perlu, tapi suami jangan ambil kesempatan pula sebab nafkah tetap ditangan anda.

keajaiban bersedekah
kredit

#17 Bersedekah

Ajaibnya sedekah ini sebenarnya bukan mengurangkan harta tapi membuatkan harta kita cukup. Mungkin tak ada pertambahan pendapatan tapi rezeki tersebut akan berkat dan kita akan rasa cukup walau sedikit.

#18 Rancang harta anda untuk bila tiba ajal

Uruskan harta anda sebaiknya pada pihak yang betul. Jangan biarkan harta anda beku tanpa diwariskan pada waris anda.

diari perbelanjaan

#19 Dokumentasikan perancangan wang anda

Dokumentasikan perancangan perbelanjaan anda dengan kemas. Kalau boleh biar ada satu diari khas atau fail khas untuk tujuan ini.

Ini supaya kita mudah merujuk perbelanjaan yang sifat bermusim seperti perbelanjaan anak-anak masuk sekolah dan membuat bajet yang secukupnya. Cara ini juga sebenarnya dapat kita tunjukkan nanti pada anak kita dan ajar mereka bagaimana hendak menguruskan duit nanti.

#20 Displin

Dalam semua perkara pun nak berjaya kena displin. Memang sakit displin dalam duit ni, itu tak boleh ini tak boleh tapi ingatlah manfaatnya untuk jangka masa panjang. Tapi perlu ingat kita displin tidak bermaksud kita kedekut, kalau ada perkara yang perlu dibelanjakan kita belanja jangan tahan-tahan.

Ini sahaja perkongsian tentang tips pengurusan kewangan. Bila kata perkongsian kami tahu banyak yang kurangnya, jika anda ada cara perancangan kewangan versi anda sendiri sudikanlah share pada ruangan komen dibawah. Terima kasih kami ucapkan.

Artikel Yang Berkaitan:

Mahukan Artikel Seperti Ini Lagi? Sila Isi Form Dibawah

Loading Facebook Comments ...

2 COMMENTS

Leave a Reply