Tarbiyatul Aulad Fil Islam

Tarbiyatul Aulad

En şirin bebek resimleri 10 270x300 Tarbiyatul Aulad Fil IslamTarbiyatul Aulad | Muka Barok dan Fahmi berkerut-kerut…

“Eh, kenapa abang lukis gambar bintang macam ni “

“Bintang ni macam dekat bendera Israel je … “

*Saya terkejut

“Opss.. maaf sangat-sangat, abang tak perasan”

“Sorry ye adik-adik”

Mai sini, abang buatkan bintang yang baru”

Buku catatan bacaan solat mereka itu saya ambil untuk diberi bintang yang baru.

Sambil dalam hati saya sibuk berkata-kata ..

“Hebat ! Hebat ! Mereka memang kanak-kanak yang hebat ! “

Tarbiyatul Aulad 

Secara jujur, saya masih lagi belum membaca buku Tarbiyatul Aulad Fil Islam (Pendidikan anak-anak dalam Islam) karangan Syeikh Abdullah Nasih Ulwan. Ramai yang mengatakan buku ini best ! Bukan sekadar best kosong, tetapi best yang penuh dengan inti dan isi.

Mulanya saya ingin menangguhkan pembacaan sehingga tiba waktunya* Ehem-ehem..

Namun selepas menghadiri program bersama kanak-kanak tempoh hari, saya dapati Tarbiyatul Aulad ini tersangatlah penting. Hal yang mungkin kita nampak remeh, tetapi besar implikasinya terhadap jatuh bangun umat Islam pada masa hadapan.

Dan saya tidak berseorangan dalam melihat kepada kepentingan ini. Tokoh-tokoh Islam yang besar pada suatu ketika dahulu, seperti Imam Hassan Al Banna, Imam Al Ghazali, dan ramai lagi telah merangka satu silibus khas berkenaan pendidikan awal kanak-kanak ini.

Namun….

Mulakan dengan diri dahulu.

Ramai yang menyangka Tarbiyatul Aulad ini bermula selepas seseorang itu berkahwin, dan memperolehi cahaya mata.

Maaf, kita silap !

Tarbiyatul Aulad ini sebenarnya bermula sebelum anak itu dilahirkan.

Ataupun dengan gaya bahasa yang sedikit extreme, 40 tahun sebelum anak itu dilahirkan.

40 tahun ? Ya benar ?

Itulah antara ungkapan yang diucapkan oleh ayah  Imam Al Ghazali bilamana dia ditanya bagaimana dia mendidik Imam Al Ghazali.

Cuba kita zoom kembali dan bayangkan bersama.

Jika ketika ditanya, usia bapa Imam Al Ghazali adalah 55 tahun, maka 40 tahun sebelum itu, usianya adalah 15 tahun.

15 tahun sudah berfikir bagaimana untuk merancang keluarga ?

Ya !

Pembinaan individu muslim itu telah berlaku seawal usia remaja lagi. Bukannya ketika mahu berkahwin baru merancang bagaimana untuk mencorakkan keluarga yang bakal dilahirkan, tetapi sekarang !

Ya sekarang !

Anda fikir, sempatkah sehari atau sebulan sebelum berkahwin baru kita merancang bagaimana bentuk pendidikan dan keluarga yang bakal kita bina ? Saya rasa tidak sempat.

Jadi, ayuh kita mulakan dari sekarang !

*Erk,, tapi macam mana mahu mulakan ?

Angan-angan sebelum tidur

“Antum bayangkan la sebelum tidur antum mahu keluarga yang macam mana ? Anak-anak yang macam mana ? Isteri yang macam mana ? “

“Ingat.. ! tidak salah berangan, tapi jangan lebih-lebih “

Hehehe,, kami ketawa bersama..

Perkongsian yang singkat daripada seorang akh mengenai alam pekerjaan, keluarga dan kehidupan begitu membuka mata kami.

Saya jadi semangat ! Semangat untuk merancang keluarga ! Kerana apa ?

Kerana saya sedar dan semua orang sedar, untuk melahirkan generasi muslim yang akan menegakkan Islam, ianya harus dimulakan oleh satu institusi kekeluargaan yang dinamakan sebagai Baitul Muslim ataupun Keluarga Muslim.

Maka, mulai sekarang saya harus meningkatkan ‘angan-angan’ dengan memperbanyakkan ilmu berkaitan dengan Tarbiyatul aulad atau pendidikan anak-anak ini.

Dan langkah yang seterusnya adalah !

Mencari calon isteri yang solehah

Isteri yang solehah merupakan roh sebuah rumah tangga. Padanya tenang sebuah jiwa dan dengannya akan teratur sebuah kehidupan. Dia berperanan untuk menguruskan rumah, mendidik anak-anak dan membesarkan mereka di atas landasan kemuliaan, kebenaran dan kebaikan. Mereka seharusnya merasa bertanggungjawab sekiranya anak-anak mereka ‘tidak menjadi’, menjadi sampah masyarakat atau penjenayah. Tugas ibu bukan setakat menjaga makan minum dan tidur pakai anak-anak sahaja tetapi juga untuk menyuburkan segala potensi, rohani, jasmani, emosi dan intelektual anak-anak. (quote)

Ya benar. Isteri adalah individu pertama yang selalu dekat dengan anak-anak. Berlainan pula dengan bapa. Maka, secara tidak langsung ibu adalah individu yang paling penting dalam proses pentarbiyahan seorang anak.

Disebutkan dalam satu kisah jika tidak silap saya, bagaimana ibu kepada Sultan Muhammad Al Fateh mentarbiyah anaknya.

Setiap hari tanpa jemu, ibu kepada Sultan Muhammad Al Fateh ini akan membawa Sultan Muhammad Al Fateh  ke sebuah tebing yang betul-betul menghadap kota Konstantinople sambil berkata..

“Wahai anakku, di sana terdapat Kota Konstantinopel. Dan Rasulullah SAW bersabda: Konstantinopel itu akan ditawan oleh tentera Islam. Rajanya (penakluknya) adalah sebaik-baik raja, dan tenteranya adalah sebaik-baik tentera. Ketahuilah anakku, engkau lah orangnya”

Persoalannya, adakah ibu Sultan Muhammad Al Fateh tahu bahawa anaknya itu yang bakal membuka kota Konstantinople ?

Tidak tahu ! Sama sekali tidak tahu !

Tetapi oleh kerana percaya pada janji Allah dan optimis dengan cita-citanya, ibu kepada Sultan Muhammad Al Fateh ini tanpa jemu terus memotivasikan anaknya dengan hadis itu

Dan kesannya ,

Sultan Muhammad Al Fateh berjaya membuka kota Konstantinople, setelah 800 tahun berlalu.

Benarlah seperti apa yang dikatakan oleh Saidina Umar r.a

“Di sebalik kejayaan seorang lelaki itu, lihatlah pada ibunya”

Bagaimana ingin mencari seorang isteri yang solehah ?

Isilah borang baitul muslim dahulu

Misi Menawan Gaza

ulwan 300x231 Tarbiyatul Aulad Fil Islam

Lukisan ini mungkin tidak cantik dan tiada nilai artistiknya. Namun ianya cukup bernilai kepada saya sebagai seorang ayah.

Lukisan ini dilukis oleh anak sulung saya, Ulwan ketika hari ketiga Gaza diserang. Kata-kata Ulwan yang membuatkan saya rasa sangat terharu ialah:

“Abi,  abang asyik teringatkan Gaza je. Sebab tu abang lukis Kapal Gaza ni. Nanti abi masukkan dalam facebook tau.”

Semalam ketika melihat video kekejaman Israel terhadap rakyat Gaza bersama isteri dan kedua anak kami, saya berkata kepada Ulwan dan Nu’man:“Nanti kalau abi dah tiada, abang dengan adik perjuangkan Palestin dan Masjid Al-Aqsa tau. Biar umat Islam boleh solat kat sana nanti.”

(airmataku sudah tidak tertahan lagi)

*Ulwan berusia 7 tahun sementara Nu’man pula berusia 5 tahun (FB ustaz Budi Yanto)

Hebat bukan kisah mereka ?

Ada juga kisah seorang anak kecil yang ingin menyumbangkan kesemua simpanannya dalam tabung untuk Palestin,

Ada juga yang bercita-cita untuk jadi askar supaya dapat berperang di Palestin.

Ini baru sebahagian kisah daripada banyak kisah yang dapat saya nukilkan.

Namun hakikatnya di sini, tidak ramai daripada anak-anak kecil ini yang tahu dan ambil tahu akan isu yang terjadi di Palestin.

Secara jujur, saya tidak tahu apa itu Palestin, sehinggalah Dr Zainur Rashid seorang aktivis kemanusiaan Palestin datang ke sekolah saya di Seremban pada tahun 2007. Ketika itu saya berusia 16/17 tahun.

Walaupun perkongsian itu hebat, tapi maaf Doktor, malam itu sungguh hening. *Saya tertidur

Mujurlah, Allah takdirkan saya untuk join usrah. Jika tidak, kefahaman saya mungkin setakat ala kadar sahaja.

Berbalik kepada isu di atas. Jujur saya katakan, adik-adik kecil ini lebih mengenali siapa itu PSY dan tariannya lebih daripada siapa itu Syeikh Ahmad Yassin.

Begitu juga dengan One Direction. Kadang-kadang pening kepala saya membaca tweet atau fb adik-adik ini. Bukan taksub sikit-sikit. Tapi taksub melampau.

 

 

Sesuatu harus dilakukan !

Mr right Idol vs Mr wrong Idol

“Ish tak mahu la ….”

“Diorang tu annoying kot, suka je buat bising, tak kuasa la aku nak melayan”

“Lagipun aku bukannya pandai sangat layan karenah budak-budak ni” Rungut Sufian

“Ye-ye la, biarlah aku sorang je yang pergi”

“Lagipun, aku kan macam budak-budak sikit”

“Suka main dengan diorang whatsoever

“Tapi kau jangan lupe pian, besar pahalanya melentur buluh yang masih muda”

Tanggungjawab dakwah kepada kanak-kanak dan remaja

Tipulah jika saya katakan semua orang secara fitrahnya tidak punya perasaan suka akan kanak-kanak. Mungkin suka, tapi levelnya berbeza-beza. Ada yang setakat suka sahaja, super suka ataupun super duper suka. Terpulang.

Namun, sedarkah kita bahawa pada usia ini, bimbingan dan nasihat amatlah diperlukan bagi diri seorang kanak-kanak yang sedang mengalami transisi kedewasaan. Mereka sebenar-benarnya amatlah tercari-cari contoh yang dirasakan sesuai untuk diikuti sebagai idola.

Jika tidak kita tanamkan semangat cintakan Mr/Ms right idol dalam hati mereka, takut-takut mereka akan jatuh cinta pula pada Mr/Ms wrong idol ? Siapa tahu?

“Abang, malam ni temankan ina pi tengok konsert SuJu ea ? Plzz …”

“Wei bro, MTV live stage nak datang kat Sunway, mai la… jom”

Sahabat,

Mr/Ms right idol itu bukanlah calon buah hati pengerang jantung mereka. Begitu juga Mr/Ms wrong idol. Tetapi mereka adalah idola-idola penting yang bakal mencorakkan kehidupan anak-anak ini seawal usia penghujung kanak-kanak hingga menginjak ke alam dewasa.

Kenapa penting ?

Ok, saya bentangkan hasil pemerhatian dan kajian saya *bukan kajian formal. Sedia mendengar?

Kita mulakan dengan musik.

Di Sunway, hampir 90% remaja muslimnya mendengar lagu barat yang (=_=) !!!

Di Muar, juga begitu. Cuma bezanya remaja di Muar,mereka hanya dipengaruhi media massa. Jujur saya katakan, mereka sama sekali tidak tahu akan erti lirik lagu yang didengari.

Kemudian fesyen.

Hampir 90% remaja mengatakan tidak tutup aurat tidak mengapa. Style and cool ?

Kenapa ?

Pertama, pengaruh media massa. Majoriti jika anda datang ke kedai buku Popular atau MPH , remaja-remaja kita akan melihat majalah-majalah seperti Cleo, Galaxy dan lain-lain.

Secara tidak langsung, mereka teramat-amatlah mudah dipengaruhi di situ .

Kedua, panggung wayang dan lambakan-lambakan movie-movie barat.

Remaja, oleh kerana sedang mengalami proses transisi diri, minda mereka masih belum mampu untuk menapis, mana satu perkara yang betul, benar, mahupun yang halal dilakukan.

Maka, apakah solusinya ?

Sahabat, ayuh !!!

Tidak salah jika anda habiskan 7 ringgit sebulan semata-mata untuk memberi buku Gen Q pada adik-adik remaja yang anda kenali.

Tidak salah juga anda korbankan sedikit masa rehat untuk mengadakan perjumaan ringkas bersama mereka.

Tidak salah juga jika anda rendahkan martabat diri, bergaul dengan mereka, kenali mereka, nasihati mereka. Kerana mereka teramat perlukan Mr Right idol untuk diikuti. Moga-moga andalah Mr right idol itu.

Semoga kisah di bawah ini menjadi inspirasi buat anda, kerana kisah ini tersangat menginspirasikan saya.

“ Sedang Rasulullah saw meronda-ronda bersama sahabat baginda, tiba-tiba baginda SAW ternampak seorang anak kecil sedang menangis”

(Boleh bayangkan di sini, seorang Pemimpin yang hebat, berhenti kerana melihat tangisan anak kecil ?”

“Ya Umair, mengapa anak menangis?”

“Burung kecilku baru sahaja mati Ya Rasulullah” Kata Umair, sambil mengesat-ngesat air matanya.

Lalu anda tahu apa yang Rasulullah saw lakukan?

“Baginda kemudiannya, memeluk Umair dan berjenaka dengannya sehinggalah anak kecil itu kembali ceria “

Subhanallah, jika pemimpin hebat seperti Rasulullah saw yang sudah tentu lebih sibuk dari kita begitu peka akan perasaan seorang anak kecil  ? Inikan pula lagi kita ? Ayuh tepuk dada dan muhasabah diri.

Tarbiyatul Aulad Membebaskan Al Aqsa

Saya mengambil masa selama 3 hari untuk menghabiskan entri ini. Walaupun bosan dan kekeringan idea, saya tetap gagahkan diri untuk menulis. Ya, jujur, topik ini memang bosan.

Namun disebalik kebosanan entri ini, terletak satu nilai yang amat penting yang selalu kita abaikan iaitu pendidikan kanak-kanak dalam misi mendaulatkan semula Islam.

Berdasarkan pemerhatian saya yang dhaif ini, tarbiyatul aulad akan berjaya sekiranya dilengkapi dengan ketiga-tiga komponen ini, iaitu

1) Sistem pendidikan yang Islamik

2) Ibu Bapa yang soleh-solehah

3) Biah(suasana) yang sesuai

Tidak dapat dinafikan, anak yang bersekolah tadika di Pasti/Abim sebagai contoh, pengetahuan agamanya lebih berbanding anak yang bersekolah di tadika Kemas. *saya la tu.

Tidak dapat dinafikan juga, Ibu-Bapa yang ikut program dakwah dan tarbiyah anak-anaknya kelak bakal menjadi seorang pemuda/pemudi Islam yang hebat hasil daripada siri pentarbiyahan yang berterusan.

Hal ini terbukti dan tidak dapat dinafikan.

Justeru, sebelum saya akhiri entri pada kali ini, suka saya mengulangi kembali tentang apa yang dikatakan Syeikh Raed Solah semasa datang ke Malaysia beberapa bulan yang lepas ;

Saya tertarik dan tersentuh dengan kata-kata daripada Syeikh Raed Solah yang menghuraikan satu hadis jika tidak silap saya yang menerangkan bahawa akan tiba satu zaman , yang menjadi pembebas al Aqsa adalah seorang pemuda yang tidak mempunyai jambang seperti orang Arab ! Tetapi jambangnya nipis dan sedikit persis orang Melayu di Malaysia ataupun Indonesia. !

Allahu Allah !

Moga-moga kita lah itu !

Jika bukan kita, moga-moga anak-anak kita dengan ukht markonah nanti ! InsyaAllah !

p/s :

 

Dijemput untuk sama-sama membaca buku ini :

1) Tarbiyatul Aulad Fil Islam Jilid 1 dan 2 : Syeikh Abdullah Nasih Ulwan

2) Begini sayang dan 43 Inspirasi mendidik anak : Hisham Syarif

3) Ustaz Hasrizal : Abah.my

Sekian.

 

asyrafarique

http://asyrafarique.wordpress.com/

Related posts: