Islam Bukan Sekadar Pada Nama Kita, Tahu?

0
27
views

islam bukan hanya pada nama sahaja

Ada satu ‘perkara’ yang apabila satu kaum itu meninggalkannya, dia akan membangun.

Tetapi apabila satu kaum lain meninggalkannya, kaum itu akan jatuh.

dan ‘perkara’ itu adalah Agama.

Agama yang sebenar-benarnya hanyalah agama Islam.

al imran ayat 19

Sesungguhnya agama (yang benar dan diredai) di sisi Allah ialah Islam. Dan orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang diberikan Kitab itu tidak berselisih (mengenai agama Islam dan enggan menerimanya) melainkan setelah sampai kepada mereka pengetahuan yang sah tentang kebenarannya; (perselisihan itu pula) semata-mata kerana hasad dengki yang ada dalam kalangan mereka. Dan (ingatlah), sesiapa yang kufur ingkar akan ayat-ayat keterangan Allah, maka sesungguhnya Allah Amat segera hitungan hisabNya. (Al-Imraan: 19)

Kerana agama selain islam adalah agama yang menyeleweng. Agama yang membodohkan manusia. Walaupun kitab injil dan taurat merupakan kitab suci yang turun daripada Allah kepada Rasul pilihanNya, tetapi kini kedua-dua kitab itu telah jauh terseleweng dan menyimpang daripada kebenaran.

Paderi-paderi mengubahnya sesuka hati mengikut hawa nafsu mereka. Dan mereka memaksa pengikut Kristian mengikut ajaran kitab yang telah diolah itu.

Dan inilah yang telah terjadi ketika Zaman Gelap suatu masa dahulu.

Sebelum kemunculan Zaman Renaissance, rakyat Eropah hidup di zaman kegelapan. Zaman tertutup dari sudut ekonomi, politik, sosial dan pemukiran yang dikuasai oleh pihak gereja.

Paderi, Pope di gereja mengawal hampir keseluruhan hidup rakyat mereka dengan menggunakan kuasa agama. Apa-apa sahaja yang bercanggah dengan agama kristian ketika itu adalah salah dan mereka akan dihukum.

Betapa ramai saintis yang terkorban hanya semata-mata kerana ingin menegakkan kebenaran teori sains mereka.

Kemudian, bagaimana Zaman Renaisance boleh terjadi?

Setelah beberapa kebangkitan berlaku, akhirnya munculnya Zaman Renaissance yang merupakan zaman sempadan di antara zaman gelap kepada zaman pencerahan di Eropah.

Renaissance telah membentuk masyarakat perdagangan yang berdaya maju. Keadaan ini telah melemahkan kedudukan dn kekuasaan golongan feudal yang sentiasa berusaha menyekat perkembangan ilmu dan masyarakat di Eropah.

Seterusnya, rakyat mula berubah sikap dan membuka minta untuk menerima fahaman-fahaman baru sehingga lahirnya beberapa tokoh yang dikenali sehingga kini. Seperti:

  • Tokoh-tokoh pemikir seperti Leonardo de Vinci yang terkenal sebagi pelukis, pemuzik dan ahli falsafah serta jurutera. Michelangelo merupakan tokoh seni, arkitek, jurutera, penyair dan ahli anotomi.
  • Ahli-ahli sains terkenal seperti Copernicus dan Galileo.
  • Ahli matematik seperti Tartaglia dan Cardan yang berusaha menghuraikan persamaan ganda tiga. Tartaglia orang pertama yang menggunakan konsep matematik dalam ketenteraan iaitu mengukur tembakan peluru mariam. Cardan terlibat dalam penghasilan ilmu algebra.
  • Tokoh-tokoh perubatan di Eropah. Antara tokoh perubatan terkenal iaitu William Harvey yang telah memberi sumbangan dalam kajian peredaran darah.

Sains telah membangun mengalahkan kuasa-kuasa paderi yang menyalahkan kuasa mereka. Dan akhirnya Renaissance telah melahirkan masyarakat yang lebih progresif dan wujud semangat inquiri sehingga membawa kepada aktiviti penjelajahan dan penerokaan.

Di sini, saya bukan ingin menyanjung orang-orang Eropah, tetapi yang ingin saya tunjukkan ialah apabila orang-orang kristian (kafir) meninggalkan agama mereka, nescaya mereka akan membangun dan berjaya.

Kerana agama Kristian yang dianutinya itu adalah sesuatu yang salah.

Namun sebaliknya akan terjadi kepada ummat Islam.

Apabila umat Islam meninggalkan agama mereka, nescaya mereka akan jatuh.

Gagal di dunia dan juga gagal di akhirat kelak.

Nauzubillah min zalik.

al ahzaab ayat 66

Pada masa muka mereka dibalik-balikkan dalam neraka, mereka berkata (dengan sesalnya): “Alangkah baiknya kalau kami dahulu (semasa di dunia) taat kepada Allah serta taat kepada Rasul Allah . (Al-Ahzaab 33:66)

Kerana ummat Islam telah meninggalkan agama yang benar. Malah mendustakan kebenaran agama ini.

Tauhid adalah asas agama islam. Sekiranya kita tidak mengetahuinya, maka kita akan tergolong di dalam kalangan orang yang BUTA. Yang menganuti agama ini membuta tuli, tanpa pemahaman dan tanpa sebarang pedoman.

Sebaliknya, jika kita memahami agama Islam ini dengan sebaiknya, kita akan menjadi seorang muslim yang kuat imannya dan akan menggunakan akal dengan sebaiknya.

ar ra'd ayat 19

Maka adakah orang yang mengetahui bahawa Al-Quran yang diturunkan kepadamu dari Tuhanmu itu (wahai Muhammad) perkara yang benar, sama dengan orang yang buta matahatinya? Sesungguhnya orang-orang yang mahu memikirkan hal itu hanyalah orang-orang yang berakal sempurna. (Ar-Ra’d: 19)

“ True Muslim will translate Islam in his daily routine of life, while weak Muslim will only talk Islam at the mouth, media but no description at his life.”

-Professor Dr Taufiq, Doktor Bedah Neurosurgery Universiti Al-Azhar

hanya berkata tanpa berusaha

Kita harus selalu ingat bahawa musuh-musuh Islam sentiasa mahukan kita ‘khusyuk’ di dalam doa-doa kita, tetapi ianya sekadar doa tanpa usaha!

Contohnya seperti isu Palestine di serang. Kita heboh di FB tentang berita ini. Setiap doa-doa harian kita diselitkan doa kepada saudara di Palestine.

Tetapi setakat itu sahaja usahanya. Tiada usaha menderma, malah tidak memboikot barangan Israel.

Kerana kita terlalu yakin bahawa Allah akan menolong agama Islam ini. Kita terlalu yakin yang Allah akan bersama al-haq.

Kita hanya berdoa, dan kemudian kita hanya membayangkan ketika kita tidur tangan-tangan Allah akan mengucar kacirkan tentera Israel.

Keyakinan ini tidak salah. Yang salah adalah yakin semata-mata tanpa usaha disampingnya! *alahai*

Saya tidak menyatakan doa itu salah. Ya, saya akui bahawa doa merupakan senjata mukmin. Tetapi doa sahaja tidak memadai. Perlu usaha kita untuk sama-sama merasai jerih perit saudara-saudara di sana mempertahankan masjid Al-Aqsa milik umat Islam sekalian.

Oleh itu, mari kita sama-sama renungkan, sejauh mana kefahaman kita terhadap Islam kita?

Sejauh mana keimanan kita terhadap aqidah Islam ini?

Sejauh mana kita benar-benar mengamalkan Islam yang sebenarnya?

al imran ayat 85

Dan sesiapa yang mencari agama selain agama Islam, maka tidak akan diterima daripadanya, dan ia pada hari akhirat kelak dari orang-orang yang rugi. (A-li’Imraan 3:85)

Nauzubillah min zalik.

Saya berharap kita semua tergolong dalam kalangan mereka yang akan Berjaya di dunia dan Berjaya di akhirat kelak.

Semoga Allah terus memberikan taufik dan hidayahNya kepada kita semua. Ameen.

Penulis: Musyirah Hanan Zulkarnain
 
Artikel Yang Berkaitan :

Mahukan Artikel Seperti Ini Lagi? Sila Isi Form Dibawah

mm
Website yang menumpukan bahan bacaan islamik bagi yang memerlukan untuk pengisian rohani mereka. Jangan lupa like FB dan follow Twitter untuk dapatkan makluman artikel terbaru daripada kami.
Loading Facebook Comments ...

Leave a Reply