5 Tips Pengurusan Masa Pelajar Anda Boleh Amalkan

0
1433
views

Setiap orang mempunyai 24 jam sehari. Tidak terlebih atau terkurang walau sesaat. Pun begitu, masih ramai yang kecundang dalam mengurus masa sendiri. Golongan pelajar terutamanya. Untuk itu, kali ini kami kongsikan kaedah pengurusan masa pelajar yang efektif dan yang lebih penting, praktikal.

Secara umum, apabila kita perhatikan pelajar yang cemerlang, kebiasaannya mereka bijak mengurus masa dan aktiviti harian mereka.

Walaupun sebahgian mereka tidak mempunyai jadual fizikal yang ditampal di dinding meja study, tetapi sebenarnya dalam minda mereka telah pun ter’program’ tentatif harian secara automatik.

Tips Cara Pengurusan Masa Pelajar

kenal pasti kekuatan andakredit

#1 Kenalpasti kekuatan & kelemahan diri anda

Masalah utama bagi pelajar apabila ingin menyusun jadual harian mereka adalah, dengan meniru ‘bulat-bulat’ jadual orang lain.

Pada mereka, dengan meniru jadual ‘pelajar berjaya’ secara total, mereka dapat menjejaki kejayaan yang sama.

Ini adalah kesilpan yang pertama. Manusia dilahirkan berbeza. Mempunyai kekurangan dan kelemahan masing-masing.

Sebagai contoh, ada pelajar yang boleh ‘menghadap’ buku selama tiga jam berturut-turut tanpa rehat. Tetapi saya yakin ramai pelajar yang tidak mempunyai kemampuan ini.

Mungkin juga ada pelajar yang hanya dapat fokus menelaah pelajaran sekadar setengah jam ke satu jam dalam masa sehari.

Dan boleh jadi kualiti setengah jam tersebut jauh lebih baik berbanding 3-4 jam merenung buku tersebut, tanpa memahami dengan baik kandungannya.

Oleh itu, kenal pasti dulu anda sebagai pelajar, di mana kekuatan dan kelemahan anda.

#2 Rancang jadual tetapi utamakan priorities

prioritikan masa andakredit

Mungkin bunyinya terlalu klise, tetapi ya setiap orang perlu merancang jadual mereka sendiri!

Mulakan dengan merancang jadual harian, kemudian mengikut minggu dan seterusnya mengikut bulan.

Perlu diingat, jadual yang anda rancang itu tidaklah perlu terlalu ketat dan menghukum. Tujuan asal adanya jadual adalah lebih kepada untuk memantau aktiviti harian anda.

Sekali lagi, yang penting apa jua urusan yang seharusnya menjadi keutamaan pada hari tersebut, anda siapkan mengikut waktu yang ditetapkan.

Sebagai contoh, esok adalah hari terakhir untuk anda menghantar tugasan, jadi pada awal pagi hari ini semestinya anda akan menyelesaikan tugasan tersebut tanpa mengangguhkan ke petang hari.

Walaupun dalam jadual asal petang adalah masanya untuk membuat tugasan tersebut!

Setiap aktiviti atau tugasan harian mesti telah dijadualkan dan ditetapkan tempoh masa yang diperlukan.

Seperti dalam sehari anda perlu belajar 3-4 jam. Tapi bukan secara terus. Mungkin 2 jam pagi dan dua jam petang.

Cara paling mudah untuk menyusun jadual adalah dengan mengikut waktu solat. Cubalah, kami yakin jadual anda akan lebih teratur dan efektif.

#3 Fokus dan belajar katakan tidak

fokus pada pelajaran

Hanya dengan fokus, sesuatu kerja dapat diselesaikan dalam masa yang ditetapkan dan dengan kualiti terbaik.

Untuk membantu anda fokus, anda perlu kurangkan gangguan di sekitar anda.

Anda boleh ‘silent’ kan telefon bimbit, matikan notifikasi media sosial anda, jauhkan diri dari televisyen, YouTube dan lain-lain yang boleh mengalih perhatian anda dari terus fokus.

Selain itu, anda juga perlu mengetahui kemampuan anda mengendalikan sesuatu urusan. Pastikan tanggungjawab sedia ada telah anda laksanakan sebaiknya sebelum mengambil tugasan baru.

Katakan tidak kepada ajakan atau tanggungjawab baru sekiranya anda tahu anda tidak mampu.

Sebagai contoh, dalam keadaan kesuntukan masa mengulangkaji untuk peperiksaan pada esok hari, jangan mengada-ngada menyahut ajakan kawan untuk bermain futsal pada pukul 12 tengah malam!

#4 Elakkan dari terpedaya dengan perkara trivia

jauhi social media sewaktu belajarkredit

Dengan kecanggihan teknologi hari ini, kita mudah terganggu dengan perkara-perkara kecil yang sangat tidak penting dan relevan dengan diri kita.

Sememangnya hari ini, tidak dapat dielakkan daripada menggunakan internet ketika membuat tugasan yang diberikan.

Tutup semua laman web media sosial seperti facebook, twitter dan instagram. Jangan terpedaya dengan diri sendiri dengan mengatakan,

“Nak rehat kejapla. Tengok facebook jap.”

Percayalah, tanpa anda sedar, ‘sekejap’ yang diniatkan itu sebenarnya anda telah menghabiskan sejam scrolling timeline facebook anda. Masa yang sepatutnya digunakan untuk belajar atau membuat tugasan.

Bukan tidak boleh menggunakan media sosial. Tetapi tetapkan masa dan durasi penggunaannya, agar masa tidak terbuang sia-sia.

Hargai masa anda.

#5 Jejak kembali masa yang telah berlalu

track masa semulakredit

Setiap kali selepas selesai melaksanakan sesuatu tugasan, muhasabah balik, adakah kerja tersebut selesai dalam masa yang ditetapkan dengan kualiti yang baik atau tidak.

Sekiranya tidak, periksa di mana silapnya.

Sentiasa “keep track” berapa lama masa yang anda biasa perlukan untuk melaksanakan sesuatu tugasan.

Sebagai contoh, kebiasaannya anda memerlukan 10-15 minit untuk makan, jadi anda sudah tahu, sekiranya kelas anda bermula dalam masa 20 minit lagi, dan perjalanan ke kelas mengambil masa kurang 5 minit, jadi anda tahu, anda masih sempat untuk makan sebelum ke kelas.

Kesimpulannya, mengurus masa memerlukan anda untuk sentiasa fokus terhadap priority dalam pada masa yang sama juga fleksible. Yang penting, tiada masa yang terbuang sia-sia.

Artikel Berkaitan :

Mahukan Artikel Seperti Ini Lagi? Sila Isi Form Dibawah

mm
Website yang menumpukan bahan bacaan islamik bagi yang memerlukan untuk pengisian rohani mereka. Jangan lupa like FB dan follow Twitter untuk dapatkan makluman artikel terbaru daripada kami.
Loading Facebook Comments ...

Leave a Reply