Sindrom identiti Akh Jeykll dan Mr Hyde

0
120
views

jekyllandhyde-300x224

“Ermm… aku rasa, aku dah tak da semangat lagi la nak sambung belajar … ” Aiman meluahkan kata

“Aik ? Kau kenapa ni man ? ” Soal Radzi

” Entah la.. aku rasa tak da feel langsung nak proceed study dalam bidang ni “

“Kau tau kan, aku tak berapa minat bidang ni ? ” Jawab Aiman

“Eh, dulu bukan kau kata kau minat ke ?

“Dan-dan, kau apply scholarship betul-betul khusus untuk jadi jurutera “

“Apa jadi ni bro ? cuba cerita sikit dengan aku “

“Maaf ea Radzi kalau aku ber’entah’ sekali lagi “

“Entahlah, aku betul-betul keliru. Dulu, aku ambil bidang ni sebab aku minat. Tapi sekarang…….. “

“Aku rasa belajar dalam bidang ni macam useless je. Aku tak tahu pun satu hapah yang aku belajar. Yang aku tahu, cuma cara untuk lulus dan sit for final exam. Itu sahaja ! “

“Untuk ummah ? Aku tak nampak satu pun kebaikannya ? “

“Apa sebenarnya yang boleh aku sumbangkan ? “

“Aku keliru ! “

“Sebab tu lah, aku plan nak berhenti belajar dan sambung ambil STAM

“Aku mahu sumbangkan sesuatu untuk ummah ini ! “

Keliru ?

Anda keliru ? Ya, saya juga keliru. Jika tidak keliru masakan saya akan menulis entri seperti ini.

Dan secara jujur, entri ini saya tujukan terlebih dahulu khusus untuk diri saya, kemudian baru anda semua.

Kerana apa ?

Kerana saya tengah berperang dalam diri, sama seperti keadaan Aiman itu tadi.

Berperang dengan diri. Keliru dengan cita-cita, keliru dengan tujuan hidup, dan sama sekali tidak berminat lansung untuk meneruskan pengajian dalam bidang sains.

Jujur saya katakan, saya lebih rela duduk 2-3 jam lamanya semata-mata untuk mendengar kuliah atau daurah agama daripada duduk setengah jam mendengar kuliah di lecture hall.

Dalam kuliah agama, baca :nada sedikit takbur hehe serius saya boleh menahan mata daripada mengantuk, tapi dalam lecture hall,

Allahu Allah !…

Kenapa ? Kenapa ? Kenapa ?

Semakin hari , semakin tidak bersemangat. Semakin hari semakin tidak bersemangat.

Jemu ? Loya ? Ya ! Itu benar. Jemu dan loya menghadap lab report yang super duper banyak sehingga tidak terkata dan terkira.

Kalau tidak percaya, tanyalah rakan saya. Bagaimana pandanya hidup kami.

Hingga pada suatu saat. Saya bertanya lagi dalam diri ;

Apa yang Sains boleh sumbangkan untuk ummah ?

Arghhh ! Saya serabut ! Saya keliru ! Saya mahu berhenti belajar. Saya mahu menyambung pengajian dalam bidang agama di timur tengah, dan seterusnya menyumbangkan sesuatu yang lebih besar untuk ummah.

Saya berasa sangat noob sekali, pabila banyak dari ayat-ayat Allah swt itu tidak saya terhafal, banyak ruang-ruang ilmu Islam terutamanya syariah yang masih saya belum ketahui,

Dan yang paling membuatkan saya rasa noob ialah, saya tidak tahu berbahasa arab !

Malunya ! Saya ini daie ke apa ?

Bila orang Arab tanya …

Ma ismuka ?

*Senyap…Krek-krek-krek.. Hanya bunyi kipas yang kedengaran…

Akh Jekyll and Mr Hyde disorder

Bipolar disorder ke ?

Ops bukan ?

Anxiety disorder ?

Lagi la bukan ?

Habis tu … Apa dia ?

Akh Jekyll and Mr Hyde disorder !

Wahh, hebatnya nama.

Tapi apakah itu ?

Sama macam cerita Dr Jekyll ke ?

Boleh terangkan lebih lanjut ?

Hrm begini. Cerita di atas memang benar saya analogikan seperti kisah mereka berdua. Jika Dr Jekyll dan Mr Hyde itu adalah individu yang mengalami split identiti, atau bahasa mudahnya dua identiti, daie itu juga tidak terlepas daripada mengalami masalah yang sama.

Ha ? Daie juga mengalami masalah psychology ke ?

Ada dua identiti ?

Biar betul ?

Ya, betul. Perkara ini bukan tipu-tipu, sama sekali bukan bohong-bohong. Malahan ianya benar-benar berlaku.

Dan bagaimana ianya berlaku ?

Ok. Saya berikan satu kisah mudah..

Ada seorang akh ini, dia adalah seorang akh yang rajin, bijak dalam pelajaran dan cemerlang dalam prestasi akademiknya ketika di bangku sekolah.

Kecemerlangannya itu diteruskan apabila dia berjaya melanjutkan pengajian peringkat persedian di kolej jalan matahari.

Alhamdulillah, di sini, dia telah bertemu dengan encik dakwah dan tarbiyah. Encik dakwah dan tarbiyah lah yang banyak mencorakkan hidupnya agar menjadi manusia yang mempunyai ciri-ciri ketakwaan berdasarkan konsep rabbani yang sebenar.

Dan sekali lagi alhamdulillah. Dia kemudiannya berjaya menyambung pengajiannya di peringkat universiti. Penat lelahnya selama ini berbaloi. Di universiti, berkat berkawan rapat dengan Encik dakwah dan tarbiyah selama beberapa ketika, menyebabkan dia menjadi seorang yang bersemangat membawa dakwah pula.

Semangat ! Ya, penuh semangat !

Namun, sesuatu yang mengejutkan berlaku. Di pertengahan kerancakannya dalam berdakwah itu, prestasi pelajarannya semakin hambar dan semakin teruk dari hari ke hari.

Teruk hingga tidak pernah terkata. Dia kemudiannya terdiam selama beberapa ketika.

Lalu bertanya secara berulang kali ke dalam diri.

Betul ke jalan yang telah aku pilih ini ?

Dia keliru. Jujur dia keliru. Keliru di antara minatnya dalam bidang Agama dan kefahamannya dalam bidang Sains.

Ok, sebelum saya terlupa…

Yang dimaksudkan dengan Akh Jekyll itu tadi ialah, si daie itu dapat menunjukkan satu qudwah yang teramat baik kepada masyarakat di luar atau rakan-rakannya jika sedang berpogram, berusrah, berdaurah, bermukhayam, dan lain-lain lagi wasilah tarbiyah yang diikutinya.

Baik sangat sehinggakan orang menganggap itulah identitinya yang sebenar dalam amal dakwah ini. Ya, mungkin itu benar. Dan dia juga merasakan begitu.

Namun……. ketika bulan purnama mengambang (selain daripada aktiviti dakwah dan tarbiyah berbentuk am) , si akh jekyll itu tadi terpaksa menukarkan dirinya menjadi Mr Hyde. Mr Hyde ini perangainya hodoh.Err,, betul ke ? Mr Hyde perangainya hodoh ?? maaf-maaf, jika saya tidak mengikut pola cerita. Tapi tidak mengapa. Kita teruskan lagi cerita.

Si daie itu tadi dengan tiba-tiba menjadi Mr Hyde apabila dia menjalani kehidupannya sebagai seorang pelajar di universiti. Assignmentnya lewat hantar, belajar sambil lewa, malas, dan bermacam-macam lagi tabiat buruk yang sepatutnya tidak ada pada diri seorang daie andai dia betul-betul memahami konsep dakwah dan tarbiyah secara syumul.

Salah faham terhadap Islam

Dr Amr Khaled, seorang pakar motivasi terkenal Mesir ada menyebut

“Musibah terbesar umat Islam pada hari ini khususnya (pemuda islam) adalah dengan memandang agama (Islam) hanya pada masjid ! “

Ya benar !

Islam bukan hanya di masjid !

Tetapi syumul meliputi segenap alam. Segenap aspek, segenap perkara ! Hatta cara membersihkan badan sekalipun.

Tetapi, ramai di antara kita dan termasuk saya masih keliru ?

“Korang ni belajar ilmu dunia, tak dapat pahala ” kata bakal Ustaz Jay

Huh ? bakal Dr Jo terkesima mendengar jawapan itu lalu segera menjawab?

“Habis tu, kalau kamu sakit, siapa nak rawat kamu ? “

“Ingat ustaz tak sakit ke ? “

Ha ????? Terdiam besar bakal ustaz Jay menyimpan malu.

Ya, seringkali, dan kerap kali, stigma seperti inilah yang banyak berlaku dalam masyarakat kita. Memisahkan ilmu dunia dari akhirat dan ilmu akhirat dari dunia. Sebenarnya jika ditelusuri dengan lebih halus. Kedua-dua ilmu ini datang daripada Allah swt dan kedua-dua ilmu ini harus dipelajari dan diajari.

Kerana apa ?

Kerana Islam itu syumul, tertinggi dan sama sekali tidak jumud.

Faham, berbeza dengan sedar

“Orang yang faham, tidak semestinya sedar, tetapi orang yang sedar,InsyaAllah dia mesti faham ” Kata Ustaz Ahmad dengan nada bersahaja.

Antum kena ingat akh

“tugas menyampaikan dakwah ini bukan tugas para ustaz sahaja “

“Sesiapa yang Allah mahukan kebaikan baginya, Dia (Allah) memberikan kefahaman dalam agama.

Tetapi kita lihat sekarang, berapa ramai orang agama yang faqih dalam agama, tapi dia masih lagi belum mempunyai kesedaran untuk membaiki umat ini.

“Aku-aku, engkau-engkau.”

Nafsi, nafsi

“Asalkan aku baik, anak aku baik, keluarga aku baik, tak apalah..”

Ikhwah…fahaman ini salah..

Jadi, apa salahnya antum yang belajar dalam bidang sains ini walaupun tak sebarapa faqih dalam bidang agama, tapi sekurang-kurangnya antum sedar yang antum telah diberikan kesedaran oleh Allah swt !

Antum kena sedar yang antum juga punya tanggungjawab. Tak tahu, takpe, antum boleh belajar. Yang penting, antum sedar dan lakukan.

Di sini, cuba antum lihat Saidina Abu Bakar. Apa bekalan beliau ? Apa kefahaman beliau tentang Islam pada ketika itu. Pada ketika waktu awal beliau memeluk Islam?

Tiada pun Muntalaq, tiada pun maza yakni, tiada pun majmu’ rasail,tiada ! tiada itu semua ! So, antum kena kira antum lagi beruntung daripada beliau. Daurah ISK ini, ana tengok dah dekat 5 kali muka antum. Kalau dah lebih 5 kali antum dengar Daurah ISK dan Syahadatul Haq, tapi masih buat blur-blur lagi, dan buat dont know je… memang kena baling penyapu la jawapnya..

Antum tahu..

Saidina Abu Bakar r.a hanya berbekalkan syahadah lalu terus menjalankan usaha dakwah.

Di tanggannya sahaja, sudah beberapa orang sahabat yang ‘core’ telah berjaya di Islamkan. Sudahlah di Islamkan, diberi kelebihan lagi oleh Allah swt sebagai sahabat yang dijamin masuk syurga.

Allahu Allah !

Antum sebenarnya banyak tahu, tapi kurang mahu sebab rasa malu. betul tak ?

So, why not you give a try ikhwah ? Saran Ustaz Ahmad, sambil ketawa kecil.

Ubat kepada Syndrome ini ?

Hrmm..agak-agaknya, sama ke perasaannya ketika anda bersengkang mata menelaah tafsir fil zilal hingga lewat malam berbanding bersengkang mata untuk membuat assignment ? Sama ke ?

Sama ke perasaanya ketika anda membaca buku “Al – Muntalaq” berbanding ketika membaca buku “presscot Campbell “. Sama ke ?

Sama juga ke perasaannya ketika menulis artikel-artikel Islami berbanding ketika menulis artikel-artikel berbentuk ilmiah dan saintifik. Sama ke ?

Jujur, ianya memang tidak sama. Dan selama-lamanya tidak akan sama.Masing-masing punya nilainya tersendiri. Masing-masing membawa erti tersendiri.

Memang sukar untuk mencintai kedua-duanya sekaligus secara serentak.Tetapi, percayalah, kedua-duanya juga ilmu, dan kedua-duanya punya hak ke atas diri kita. Maka, kita dipertanggungjawabkan di atas segala hak itu.

Hidup ini perlukan pengorbanan. Untuk berjaya, perlukan pengorbanan.Ingat dan terus beringat, Allah swt tidak akan menguji hambaNya,sesuai dengan kemampuannya. Dan kita percaya dan wajib percaya bahawa Allah swt percaya dengan kita.

Justeru, jika saya mampu untuk simpulkan solusi kepada sindrom ini dalam satu perkataan yang pendek, maka saya akan menyimpulkan ,dengan hanya satu perkataan.

“Berubahlah ! “

Wallahualam

*perhatian ! cerita-cerita di atas adalah kebanyakkanya rekaan dan tambahan beserta sedikit adegan benar. Sekadar tambah perencah untuk menyedapkan cerita. Hehe..

 

Asyraf Farique
http://asyrafarique.wordpress.com/

Mahukan Artikel Seperti Ini Lagi? Sila Isi Form Dibawah

mm
Website yang menumpukan bahan bacaan islamik bagi yang memerlukan untuk pengisian rohani mereka. Jangan lupa like FB dan follow Twitter untuk dapatkan makluman artikel terbaru daripada kami.
Loading Facebook Comments ...

Leave a Reply