Tarbiah Subuh Bagi Para Pejuang

0
981
views

Para pejuang adalah mereka yang dididik dan dibesarkan melalui tarbiah subuh. Mereka ditempa oleh subuh hingga mempunyai ruhiyah yang kuat. Subuh adalah keberkahan. Di mana malaikat turun menyapa penduduk bumi. Menjadi saksi bagi doa-doa para pejuang.

bdf16eea71dba17267b728f77f0c55f9

Subuh bagi as-Syahid Hasan al-Banna.

Menjadi bahagian dari sejarah hidup yang beliau tulis dalam buku hariannya. Tarbiah Subuh adalah antara elemen yang paling penting yang membentuk beliau menjadi salah satu tokoh pergerakan yang pemikirannya paling berpengaruh saat ini.

Dalam buku Mudzakirat ad-Da’i wa ad-Daiyah, Hasan al-Banna menulis “Pada cuti musim panas aku dan kawan-kawan membahagikan tugas membangunkan orang-orang untuk subuh berjemaah. Biasanya hari pada Jumaat.

Image processed by CodeCarvings Piczard ### FREE Community Edition ### on 2013-09-07 07:18:33Z | http://piczard.com | http://codecarvings.com

Ada kegembiraan tersendiri bagiku terutama ketika membangunkan para muadzin, pada sebelum tiba waktu subuh. Setelah itu aku pergi ke tepi Sungai Nil menunggu para muadzin mengumandangkan azan subuh.

Lalu aku berbisik dalam hati, “Semoga aku mendapatkan bahagian pahala subuh dari orang-orang yang telah kubangunkan.

“Barangsiapa yang mengajak (seseorang) kepada petunjuk (kebaikan), maka baginya pahala seperti pahala orang yang mengikutinya, tanpa mengurangi pahala mereka sedikit pun.

Setelah subuh berkumandang aku bergegas menuju masjid. Aku dapati orang-orang yang sedang khusyuk menunggu solat subuh. Saat itu kulihat aku adalah orang paling muda di antara mereka. ”

Subuh bagi Syaikh Ahmad Yasin.

Pagi yang penuh bermakna itu, sebelum azan Subuh berkumandang, beliau menyempatkan diri bersahur untuk berpuasa sunnah pada hari akhir kehidupannya. Setelah itu dilanjutkan dengan subuh berjemaah bersama beberapa pejuang Hamas.

819688907

Hari itu masih gelap. Seusai menunaikan Subuh berjamaah, Syeikh Ahmad Yasin dibantu (beliau berkerusi roda) keluar dari pintu masjid. Beramai-ramai para pejuang Hamas menyertai beliau menuju rumah.

Baru beberapa meter meninggalkan masjid sebuah helikopter Zionis memuntahkan roket ke tubuh lemah berjiwa kental di atas kerusi roda itu. Tubuhnya hancur berkeping namun tidak dengan jiwanya. Lalu para malaikat subuh berebut mengantar sang pejuang menghadap Rabbnya.

Subuh bagi Umar al-Khattab.

Pagi itu seperti biasa beliau memimpin subuh berjemaah. Beliau tidak mahu memulakan solat sebelum saf benar-benar rapi. Sedikit pun tak membolehkan ada celah di antara barisan kaum muslimin.

Pada rakaat pertama Umar membaca surah Yusuf sambil menunggu jemaah yang terlambat. Namun belum sempat menyelesaikan rakaat pertama tiba-tiba seorang budak Majusi menerobos barisan solat dan membenamkan pisau tepat di bagian perut.

Umar langsung tersungkur dan akhirnya meninggal dunia kerana luka yang begitu parah. Beliau tersenyum saat sebelum ajal menjemput. “Maha Suci Allah yang tidak mewafatkanku di tangan orang muslim”.

Mereka para pejuang. Memulai dan mengakhiri kehidupan dengan penuh keberkahan. Kerana subuh adalah sumber kekuatan.

Dan begitulah seharusnya kehidupan pejuang. Selalu akrab dengan gelap dan dingin subuh. 

Diolah dari Sumber Asal : Dakwatuna.com

Leave a Reply